Showing posts with label Beauty. Show all posts
Showing posts with label Beauty. Show all posts

Thursday, February 28

Teknik Merias Mata

MATA SEPET -_-

1 - Anda disarankan untuk menggunakan scotch tape. Taknak guna pun takpe. 


2 - Kalau nak buat smoked eyes, gunakan eyeshadow yg berwarna agak gelap seperti coklat tua, biru tua, ungu tua, hjau tua atau kelabu gelap.

3 - Kalau nak pakai bulu mata palsu, elakkan dari memakai yang terlalu besar dan tebal sebab nanti nampak fake sangat. 

4 - Guna maskara agak tebal utk memberi kesan mata yg bulat.



MATA BESAR O_O


1 - Anda boleh melukis garis memanjang dengan menggunakan eyeliner sampai melewati sudut bulu mata.


2 - Elak menggunakan eyeshadow berwarna gelap, sebaliknya gunakan eyeshadow berwarna silver atau warna terang.



MATA BERKANTUNG   u_u


Mata berkantung ialah mata yang terlihat sembab, bengkak atau berkantung pada bahagian bawah kerana kurang tidur atau terlalu letih.


1 - Guna concealer utk menutup kantung mata selepas mengguna alas bedak. Perlu diingat jgn menggunakan concealer terlalu tebal utk menutup kantung mata kerana akan menimbulkan tompokan kerutan. Pilih concealer yg warnanya mendekati warna alas bedak supaya nampak natural.


2 - Gunakan bedak tabur utk meratakan warna pada sekitar bawah mata anda.


3 - Pilih eyeliner dgn warna yg tak terlalu gelap supaya kawasan mata tak nampak semakin gelap. Cadangan warna : Coklat tua.



MATA BERJAUHAN 0__0


Mata yg berjauhan dpt diperbaiki dgn menggunakn teknik berikut dgn membuat shading yg memberi kesan utk mendekatkan mata.


1 - Panjangkan pangkal alis sehingga mata terlihat lebih dekat.


2 - Elak menggunakan eyeshadow dgn warna  terang pada sudut mata bahagian dalam.



BENTUK MATA BERBEZA 0_o


Bentuk antara mata kanan dan mata kiri umumnya memang tidak sama, tetapi bila perbezaan terlihat cukup jelas, ia akan mengganggu penampilan anda. 


Utk mengimbangkan bentuk mata ini lakukan teknik di bawah :

1 - Pakai bulu mata palsu. Gunakan bulu mata yg sesuai dgn bentuk mata. Utk mata satu lg, pasang bulu mata pada bahagian sudut luar mata pada posisi lebih tinggi. Practice make perfect.


2 - Buat garis sudut luar mata dgn menggunakan eyeliner lebih tebal.


3 - Sapukan maskara agak tebal pd sudut luar mata yg ingin diubah.


MATA TURUN v_v


Mata turun ialah pengaruh usia atau faktor genetik, mata seseorang akan kelihatan turun sehingga terlihat kurang mempesona. Utk mengatasi masalah ini, anda boleh melakukan perkara berikut :


1 - Gunakan scotch tape pada kelopak mata.

2 - Pilih eyeliner warna hitam dan pakai lebih tebal pada sudut luar mata bahagian atas mahu pun bawah.


3 - Sapukan eyeshadow warna gelap agar mata terlihat besar. Guna eyeshadow dgn cara ditarik mulai dari 1/3 sudut luar kelopak ke arah atas hingga membentuk sudut 90 darjah.


Wednesday, February 27

Petua Cantik Dan Cara Buat Masker Sendiri Di Rumah

KULIT WAJAH LEBIH GEBU

Sehiris kunyit, asam jawa sebesar ibu jari dan sedikit gula merah. Masukkan ke dalam gelas berisi air panas, kacau dan biarkan suam lalu diminum. Amalkan setiap pagi untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih gebu dan awet muda.

Bahan untuk buat masker di rumah: 

KULIT KERING   - 1 sudu yogurt + 1 sudu kuning telur atau pisang lenyek + 1 sudu madu.

KULIT NORMAL - 1 sudu yogurt + lidah buaya dihancurkan + tepung beras + air mineral.

KULIT SENSITIF    - 1 sudu yogurt + 1 sudu lidah buaya dihancurkan + 1 sudu tepung beras.


Bekas Jerawat??? UBI KAYU DAPAT MENGATASI BEKAS JERAWAT

Risau dgn jerawat yg berbekas? Atasinya dengan mengambil sepotong ubi kayu yg sudah dibuang kulitnya. Parut ubi kayu dan perah untuk mendapatkan airnya. Sapukan air perahan pada wajah dan biarkan selama 10 minit sebelum dibilas. Lakukan selama seminggu.

Saturday, February 23

Beza Hot Rollers dan Curling Iron

Bosan dgn rambut yg sama? Anda menginginkan rambut yg sedia lurus digulung agar lebih  beralun? Ramai yg anggap utk menguruskan gaya rambut sebegini bukanlah sesuatu yg 
mudah tapi kalau seseorang tu faham dan tau cara2 nak menguruskan dgn betul, pastinya ia kelihatan cantik n sihat sentiasa. 

Salah satu daripada alat menggulung rambut adalah:

CURLING IRON. Alat ini sesuai utk mereka yg nak menghasilkan gaya rambut 'berombak' atau pun beralun di seluruh kepala.

HOT ROLLERS. Menghasilkan gaya rambut menggulung pada seluruh rambut pada satu masa yg sama.

Setiap alatan menggulung rambut ini mempunyai kelebihan n  kekurangannya. Berikut adalah antara pro dan kontra daripada penggunaan CURLING IRON dgn HOT ROLLERS:



VS


     
1- Kedua-dua produk ini perlu dibiarkan panas terlebih dahulu sebelum digunakan. Bagaimanapun, hot rollers memerlukan masa yg lebih untuk panas.

2- Hot Rollers sangat berkesan untuk menggulung seluruh rambut, tetapi ia tak sesuai untuk menggulung hujung rambut sahaja. Gunakan curling iron jika mahu menggulung hujung rambut sahaja.

3- Kalau anda memilih untuk menggunakan curling iron, anda boleh memilih sama ada nak gulungan kasar atau lebih kecil. Bagi penggunaan hot rollers pula, anda mesti memberus rambut yg sudah siap digulung untuk menghasilkan gaya yang diingini.

4- Memandangkan curling iron lebih ringkas bentuknya, jadi ia lebih mudah  dibawa ke mana-mana berbanding peralatan menggulung rambut yang lain.

5- Gunakan hot rollers jika anda tidak mempunyai masa yang lama untuk mendandan rambut kerana anda boleh menggulung seluruh rambut pada satu masa yg sama.


-Xiera n Tace-

Tips Mendapatkan Rambut Yang Sihat & Bermaya



Hello February, hari ni kita cerita pasal rambut. Nak rambut yg cantik dan sihat ala2 Neelofa, Nora Danish, Maya Karin atau June Aziz?? Mari baca tips kat bawah ni.


Untuk mendapatkan rambut yang sering diimpikan terutama sekali dikalangan wanita, perkara utama yang harus dielakkan adalah keguguran rambut. Cara untuk mengelakkannya adalah :

1 - Memastikan rambut sentiasa disikat secara betul dan lembut kerana ia membantu memecahkan lebihan minyak yg tersumbat di liang akar rambut.


2 - Elakkan daripada membiarkn rambut terdedah dengan angin, sinar matahari dan bahang seperti dari alat pengering rambut, siraman air panas ketika mandi dan alat pelurus rambut.


3 - Memakai topi atau skarf yg ketat jugak menjadi salah satu punca keguguran rambut kerana menyebabkan aliran darah di kulit kepala kurang lancar. Ia juga menyebabkan penghasilan peluh dan sekaligus kotoran daki. Jadi lebih baik longgarkan sedikit aksesori di bahagian kepala agar aliran udara lancar.


4 - Pastikan rambut tidak didandan ketika rambut sangat kering kerana ia akan memberi kesan elastik pada pangkal rambut dan akibatnya rambut akan mudah putus.


5 - Rehatkan kulit kepala daripada terlalu kerap dicuci supaya kutikel rambut tidak kusam akibat kulit kepala yang kering.


6 - Bagi rambut yang bercabang, anda disarankan supaya memotong dihujung rambut agar belahan tidak sampai ke pangkal dan menyebabkan rambut jadi halus dan mudah putus. Bawang merah dan madu merupakan salah satu bahan yang boleh dijadikan scrub dibahagian rambut yang mulai menjadi botak akibat dari keguguran rambut yang terlampau.


7 - Rambut beruban??? Tipsnya ialah dgn mengambil kulit durian dan bersihkannya. Kering dan kemudian bakar hingga menjadi abu. Masukkan ke dalam air dan biarkan mendap. Kemudian, cuci rambut anda dengan air mendapan kulit durian sekali sehari. Insya-Allah, rambut anda tidak akan beruban.


-Xiera n Tace-

Thursday, December 22

Resdung : Rawat dan Cegah

Okey kiter sambung topik Kenali Resdung Dan Puncanya. Hari ni kiter criter cara2 nak merawat dan mencegah. Kalo nak ikut pengalaman masa keje salon dulu, rawatan resdung ni bermula dgn cuci muka, pastu asapkan muka dgn kain lilin resdung (Kaedah ini dapat menyembuhkan sepenuhnya masalah gatal2 muka pada kulit. Caranya, bakar kain lilin resdung dan halakan muncung asap tu kat hidung, pipi, dagu, dahi dan bawah mata) pastu cuci muka lagi, scrub, mask, lap muka ngan toner pastu letak krim resdung. Lepas selesai rawatan, sesi mengeluarkan lagi duit customer iaitu promote ubat resdung, set pencuci muka utk resdung n booking utk next session. Bukan bodek kosong, tp utk kesihatan customer jugak. So kpd sesape yg takut ngan rawatan kat salon, lehla cuba bile2 nanti. Rawatan resdung ni x sakit, yg x bestnye time perasap muka tu je, susah skit nak bnafas sbb ade asap kat muka. Tp lepas buat rawatan, muka akan rasa segar n x gatal lg. Jgn tya saya katne salon sy keje tu sbb salon tu dah tutup :p
Sila pegi salon yg berdekatan ngan rumah sbb senang nak pegi utk rawatan susulan. Sy penah cuba rawatan ni, dulu xde resdung. Bos ckp maybe sbb slalu dok rawat org resdung then hama tu buat sy leh jangkit atauuuu maybe sy lupe nak pakai penutup hidung time buat rawatan atauuu; maybe sbb time buat rawatan tu sy gi garu muka sendiri tanpa basuh tgn, atauuuu maybe sbb sy ade resdung gak cuma x tau je time tu. Bile dah try, br tau napelaa masa buat rawatan perasap muka ngan kain lilin tu customer asyik suruh stop je :D Lepas buat rawatan mmg rasa segar n tak gatal2 hidung time makan ayam lagi. Ubat resdung plak mmg bagus utk hapuskan kuman2 resdung tu. Smpai skang dah xde resdung lagi.

Kalo xnak buat rawatan kat salon, boleh cuba petua kat bawah ni. Org dulu2 pun x pegi salon utk rawat resdung, jom try:
  • Amalkan mencium bunga daun bawang merah.
  • Wapkan muka dengan air rebusan jintan hitam.
  • Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka. Amalkan selalu.
Tapi, Sebaik-baiknya anda perlulah mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu dan anda juga boleh lihat disini: http://rawatan-resdung.com/

Buat rawatan sendiri kat rumah dgn rokok resdung ni pun bagus, tapi pastikan kiter tau cara nak pakainya. Kena baca instruction nak pakai kain lilin resdung (rokok resdung) tu betul2, jgn bakar banyak sgt smpai tak terkawal api kat kain lilin tu. Kalau nak tanya pendapat saya, kain lilin resdung (rokok resdung) adalah penyelesaian yang pantas dan terbaik.



Petua Untuk Mencegah Resdung: 

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
  
2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. 

3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
  
4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. 
  
5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
  
6. Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu. 

#Sorry, tak banyak petua traditional. Ade jugak yg buat rawatan bekam dan lintah utk rawat resdung, tp sy x berani nak komen kat blog ni sbb tak penah try :) Sekian, Terima Kasih.

Saturday, December 17

Cara Nak Hilangkan Jerawat Pasir

Jerawat pasir ni sama mcm jerawat gak, cuma x nmpak teruk sgt mcm jerawat batu yg besar2 n merah. Kalau tgk muka dr jauh nmpak cantik halus je muka, tp biler dah smpai dekat br nmpak muka kasar2 ngan jerawat pasir nih. Camne nak hilangkan jerawat pasir ni? Hari ni nak share 3 petua utk hilangkan jerawat pasir :)

BERAS + DAUN GELENGGANG + KUNYIT HIDUP
Rendam segenggam beras semalaman. Toskan n tumbuk bersama beberapa helai *daun gelenggang serta sedikit kunyit hidup. Sapu kat muka n biarkan selama 45 minit. Lepas 45 minit, bilas muka dgn air suam. Amalkan selalu utk hilangkan jerawat pasir ni. *daun gelenggang mmg terkenal sbg salah satu bahan utk merawat penyakit2 kulit seperti ruam, jerawat, panau, kurap dan gatal2..



BEDAK SEJUK + GARAM  + AIR
Ambil beberapa biji bedak sejuk. Campurkan dengan sedikit garam dan air. Selawat 3 kali dan sapukan ke muka anda terutama tempat yang ditumbuhi jerawat. Amalkan ia setiap malam sebelum tidur.

 




KUNYIT HIDUP + BERAS + PUTIH TELUR
Tumbuk kunyit hidup bersama beras sehinga lumat. Campurkannya dengan putih telur dan gaulkan sebati. Sapukan pada muka anda dan biarkan ia kering. Bilas muka dengan air suam. Lakukannya berulang kali.

Wednesday, December 14

Petua Untuk Menghilangkan Parut

Dah puas cuba mcm2 produk utk hilangkan parut? Kalo dah hampir give up dgn produk2 ni, jom cuba petua cara traditional plak. 


KULIT KAYU MANIS + BEDAK SEJUK
Ni petua yg paling glamour dan mudah. Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai utk menghilangkan bintik2 hitam & jerawat.

ASAM JAWA
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur


BIJI ASAM JAWA


Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu  atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.







KULIT PISANG
Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.







BERAS + KUNYIT HIDUP + BAWANG PUTIH
Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan parut akan hilang sikit demi sikit.

IBU KUNYIT
Tumbuh sedikit ibu kunyit dan gosokkan dikawasan yg berparut. Sgt sesuai utk parut2 yg baru. Parut lama kena kerja keras skit.








BEDAK SEJUK + CEKUR
Campurkan segenggam bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan cekur yang telah ditumbuk halus. Pakai bedak sejuk ini sebelum masuk tidur. Lakukan sehingga kesan parut itu hilang.

Sunday, December 11

5 Step Penting Untuk Iron Rambut

Gaya rambut lurus mmg sesuai digayakan pd semua bentuk muka. Tapi kalau hari2 nak iron rambut, nti lama2 rambut tu leh jd rapuh n rosak. Jd kpd sesape yg nak luruskan rambut setiap hari, sgt pentingg utk korang gunakan alat2 dan produk yg sepatutnya utk melindungi rambut dr kerosakan haba.

Cara utk memastikan rambut kiter kekal lurus adalah: 

  1. Gunakan syampu pelurus dan perapi setiap kali cuci rambut. Syampu dan perapi pelurus ni mengandungi bahan kimia yang licin folikel rambut, ia dpt membantu rambut korang supaya  terletak rata. Walaupun, effect lurus dgn menggunakan syampu ni x nmpak secara drastiknya, tp ia akan mengurangkan kerja-kerja korang time nak iron rambut nanti. Jimat tenaga dan masa :)
  2. Pakai hair dryer yg bermutu. Sblm iron rambut tu, blow rambut dgn hair dryer supaya rambut tu jd lembut n senang nak iron. Kenapa kena pakai professional hair dryer? sbb kalau pakai hair dryer harga rm39.90 (pengalaman nih), rambut tu x jd lembut sgt. Buang masa je. So dgn menggunakan hair dryer, keje2 iron rambut akan jd lebih cepat. Xdela nak kena iron rambut lama2 n kena pakai suhu smpai 220 darjah (pengalaman lagi)
  3. Sapukan krim pendingin haba atau serum setiap kali nak  meluruskan rambut dgn iron. Krim pendingin haba atau serum ni dpt melindungi sekitar folikel rambut apabila haba iron digunakan nanti. 
  4. Melabur sedikit wang tambahan ke dalam besi rata seramik berkualiti akan melindungi rambut korang daripada kesan rosak akibat meluruskan secara harian dan menjimatkan masa. So, marilah cari ceramic iron :)
  5. Split rambut kpd bahagian-bahagian utk menjimatkan masa. Kalo rambut halus, bahagikan rambut kpd 2 bahagian untuk meluruskan. Kalo rambut panjang n tebal, ikat rambut kpd 3-4 bahagian n luruskan satu demi satu bahagian.

Dgn cara ni, rambut kiter akan kekal lurus sepanjang hari :)

Saturday, December 10

Jom buat Hot Oil Treatment Kat Rumah

Minyak zaitun semakin popular sebagai produk kecantikan yang semakin meningkat. Salah satu manfaat keindahan minyak zaitun mempunyai kaitan dengan rambut. Jom buat rawatan pati minyak panas (hot oil treatment) kat rumah :)
Mesti Ada:
1- Minyak Zaitun
2- Microwave
3- Shower Cap
4- Tuala







Cara-Caranya:
1) Tuangkan setengah cawan kecil minyak zaitun ke dalam mangkuk selamat microwave. Panaskan dgn suhu rendah/sederhana (bergantung kpd bekas) dalam microwave selama 20 saat atau smpai panas.
2) Letakkan tuala kat bahu untuk melindungi pakaian.
3) Ambil sejumlah kecil minyak zaitun di tapak tangan dan urutkan ke rambut. Ulangi proses mengurut dlm jumlah yang kecil pada satu-satu masa ke rambut sehingga rambut sepenuhnya ditutup dengan minyak zaitun. Kalau kulit kepala kering, urutkan skit kat kulit kepala. Kpd sesape yg mempunyai masalah rambut berminyak, boleh cuba jugak cara ni, tp jgn letak kat kulit kepala minyak tu. Tinggalkan sekurang-kurangnya setengah inci dr kulit kepala.
4) Tutup kepala n semua rambut dgn menggunakan shower cap.
5) Biarkan selama 30 minit.
6) Syampu rambut dgn menggunakan syampu lembut. Bilas smpai minyak zaitun tu hilang sepenuhnya.
Info Tambahan:
- Rawatan minyak zaitun membuatkan rambut lebih bersinar, lembut dan terurus.
- Kalau rambut terlampau panjang, gunakan 1 cawan minyak.
-  Untuk pemanasan minyak yg pertama di microwave, panaskan selama 20saat. Ini akan memberikan kiter peluang untuk melihat kekuatan gelombang mikro dan jumlah masa yang diperlukan untuk memanaskan minyak supaya tak terlebih panas smpai melecur kulit kepala.

Selamat Mencuba :)

Sunday, December 4

Cara Nak Memutihkan Kulit Lutut

Macam mana nak dapatkan kaki yang cantik ala2 model? Kenapa lutut warna hitam? Naper pelakon2 ngan model2 ni lutut putih plak? Jawapannyer, sbb diorg ni rajin gi buat treatment kat salon. Ni jawapan yg slalu kiter dengar. Tp kalau kiter pegi mana2 salon, xde plak diorg tulis rawatan memutihkan kepala lutut. 




Pertama sekali, perkara yang kiter perlu tau adalah sebab berlakunya kegelapan di lutut. Lutut dan siku adalah tpt  yg kering di badan sbb dia xde pati minyak yg boleh melembapkan kulit. Lutut dan siku jd gelap sbb pengeluaran melanin yg berlaku di kwsn2 di mana sendi bertemu satu sama lain, lantas memberikan kwsn ini menjadi lebih gelap daripada kulit yang lain. 

Hari ni nak share tips mudah yg akan membuat kulit lutut menjadi lembut dan cerah :

  • Basuh lutut dgn sabun pelembap. Jgn pakai sabun biasa sbb lutut kekurangan minyak pati, kalau pakai sabun biasa nanti xde effect ape pun. Jadi, sila pakai sabun yg mempunyai pelembap.
  • Rendam kaki smpai paras lutut dlm air suam untuk melembutkan kulit, Scrub lutut (kalo boleh cari scrub aprikot atau walnut), gosok lutut tu perlahan2. Jgn gosok kuat2, nanti luka. Tujuan scrub ni untuk membuang kekotoran dan juga kulit kering. (Petua traditional scrub buatan sendiri : Campurkan gula perang dan jus lemon, campuran ni bertindak sbg scrub dan pemutih kulit)
  • Lap lutut dgn tuala perlahan2, jgn gosok. Kalau gosok nti pelembap yg dtg dr sabun tu boleh kurang.

Step kat atas td utk buang kulit2 mati dan memberi kelembapan pd lutut. Skang kiter pegi ke step memutihkan lutut.
  • Ambil sedikit jus lemon, minyak zaitun/minyak benih anggur (grape seed oil), gliserin dan susu segar. Campurkan bahan2 ni smpai sebati pastu jdkan sbg masker kat kulit lutut dan kaki...Biarkan selama 15minit,  pastu basuh ngan air suam.

Lepas dah scrub n mask, pakai lotion pelembap utk maintainkan kelembapan lutut.
  • Sapu lotion kat lutut sekerap yg mungkin (atau setiap beberapa jam) utk melembapkan kulit lutut..kalo kiter rajin sapu lotion kat tgn, xkan kat lutut pun xleh..sambil tgk tv pun boleh :) 

Seeloknya guna lotion yg mengandungi vitamin E, minyak zaitun, butter shea atau cocoa butter. Selamat Mencuba.

Tuesday, November 29

Kepentingan Pelembap Muka dan Krim Malam

Dah cuci muka, dah pakai toner, jangan luper pakai pelembap muka atau krim malam pulak. 

Pelembap muka ni dirumus khas untuk melembut dan melicinkan kulit. Kalo kulit muka kering, kena kerap skit pakai pelembap muka ni sbb krim ni membentuk lapisan pd permukaan kulit untuk mencegah kehilangan lembapan kulit. Semua jenis kulit memerlukan pelembap. Lg untung zaman skang ni boleh dikatakan hampir semua pelembap mengandungi bahan2 untuk merawat kulit. Antaranya penapis UV untuk melindungi kulit anda setiap masa drpd kesan penuaan dan sinaran matahari. Ade sesetengah pelembap tu mengandungi vitamin c untuk mencerahkan kulit, collagen untuk menganjalkan kulit dan ade juga bahan untuk menghilangkan kulit kusam dan jeragat.
Krim Malam ni teksturnya lg pekat berbanding dgn pelembap muka. Direka khas untuk untuk memberikan lembapan tambahan kpd kulit smbil membelai dan memanjakan kulit ketika anda tidur..




Monday, November 28

Faedah Penyegar Muka (Toner)

Penyegar muka direka untuk menyegar dan menyejukkan kulit. Ia mudah tersejat selepas dioles pd wajah dengan menggunakan kapas pembersih. Perlu ke kita pakai penyegar muka ni? Jawapannyer, Ya. Sbb kalo x pakai nanti muka senang nmpak kusam dan pucat. Antara faedahnya yg lain ialah, penyegar muka mampu menanggalkan lebihan minyak di permukaan kulit. Jd kpd sesiapa yg selalu ada jerawat kat hidung atau masalah pori2 terbuka, anda dinasihatkan untuk menggunakan penyegar muka bagi menghalang pertumbuhan jerawat, bintik2 hitam(black head) dan bintik2 putih (white head). Bagi kulit kering dan sensitif, elakkan produk ini kerana ia dpt mengeringkan lagi kulit muka. Perkataan astrigen pd botol bermaksud, ia mengandungi lebih kandungan alkohol, jd ia sangat sesuai kpd sesiapa yang mempunyai masalah kulit berminyak.
Perkataan tonik dan penyegar membawa maksud ia sesuai untuk kulit normal dan kombinasi kerana strukturnya yg lebih lembut berbanding dgn astrigen.
Sesetengah yg ade masalah kulit muka sensitif ni kadang takut nak beli toner. Takut muka pedih2. Harap info yg dah bagi td dpt membantu dlm memilih produk. 

*Penyegar muka buatan sendiri:
Air mawar boleh dijadikan sebagai penyegar muka utk kulit muka sensitif. Contoh: Air mawar mustika ratu. Atau kalo ade tanam bunga mawar, ambik sekuntum bunga mawar pastu ramas sikit2 bunga tu kat air yg bersih. Lagi elok air yg dah ditapis klorinnyer..Pastu bolehla segarkan muka ngan air mawar..*pasni confirm pokok bunga mawar laku kat kedai :) Kaum lelaki yg rajin bagi bunga tu, kasila banyak skit bunga mawar..leh dimanfaatkan sbg tonerrr...

Alternatif Lain Selain Drpd Menggunakan Pencuci Muka.

Pencuci Muka Dah Habis!!
Tertinggal Pencuci Muka!!


Ape yang boleh kiter buat selain drpd keluar rumah n beli pencuci muka baru?
Pegi dapur, ambik tepung gandum n jdkan tepung tu sebagai agen pembersih muka. Boleh jugak kalo nak bersihkan muka dgn susu suam atau lemon. Tp rasanye kaedah tepung gandum ni yg paling senang n confirm ade kat dapur. Kalau terlebih rajin, boleh campurkan tepung gandum ni ngan madu, lemon atau susu segar untuk hasil yang lebih baik.

Selamat Mencuba!
Cuci muka je..jangan smpai mandi tepung mcm kat gambar atas ni :)

Perbezaan Antara Pembersih Muka, Sabun Pembersih dan Susu Pembersih

Pembersih Muka, Sabun Pembersih dan Susu Pembersih. Ketiga-tiganya mempunyai nama yang hampir sama iaitu "pembersih". Ade beza ke ketiga-tiga agen pembersih ni? Jawapannye, Ada.



Pembersih Muka
Terdapat dlm bentuk spt gel dan krim. Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit dan mudah utk menanggalkan kotoran ringan dgn cepat. TAPI, produk ni xleh nak tanggalkan kesan solekan yang tebal. Kalo sesape yang rajin tepek makeup tebal2, pakai waterproof makeup n bb cream tu, sila buat double cleans. Atau pakai susu pembersih pastu baru pakai pembersih muka..

Sabun Pembersih
Sangat sesuai untuk sesiapa yang ade masalah kulit berminyak sbb dia leh bersihkan pori-pori dan mencegah jerawat. Walaupun sabun pembersih ni boleh membersihkan muka tanpa menghilangkan kelembapan TAPI ia boleh mengeringkan kulit muka. Jd kpd sesape yg kulit muka normal, jgn rosakkan muka dgn pakai sabun pembersih ni.


Krim/Susu Pembersih
Sesuai utk membersihkan kulit muka yg kering. Mengandungi minyak utk menanggalkan kotoran dan solekan pd wajah hanya dengan menggunakan kapas pembersih. Kalo nak nampakkan wajah yg lg segar, gunakan kapas yg lembap. Sesape yg kulit kering tu, silalah guna susu pembersih. Jgn pakai sabun pembersih. Kalo dah terbeli sabun pembersih atau pembersih muka, pakai dgn amaun yg sikit supaya muka tak terlebih kering :)

Wednesday, May 13

Amalan mandi


KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan

untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta

berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang
diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita
diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam
dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat
memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.  

 

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang

dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan

tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar

supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20

minit.

 

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia
dapat

menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang

dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

 

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal

boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam

air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian

dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam

selama 10 hingga 20 minit.

 

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas
membantu

menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.

Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan

pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis  minyak seperti

lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya

selama 10 hingga 20 minit.

 

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik
kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur.
Masukkan kaki

sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan

hidung, selsema dan sembelit.

Saturday, October 11

Petua Mengelakkan Rambut Gugur

Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut. Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam.

Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.

Ini kerana kesan dari khasiat buah limau nipis, santan dan lidah buaya yang sememangnya sesuai dijadikan penawar bagi mereka yang mengalami keguguran dan ketidaksuburan rambut.

Wednesday, July 9

Tip menjaga kecantikan rambut

1. DIET, DIET & DIET.........Bukan kurangkan makan, tetapi jaga pemakanan. Pilih makanan yg berkhasiat saja spt sayur-sayuran, buah-buahan serta kurang berlemak, manis atau terlalu pedas.

2. Rambut juga spt kulit, perlu pelembap agar lebih mudah diurus. Oleh itu rajin2lah minum air kosong, bukan teh, kopi atau minuman alcohol. Makanan atau buah-buahan bercecair juga elok utk mengekalkan lembapan & pakai perapi agar rambut kekal bersinar.

3. Ketegangan atau tekanan adalah antara punca rambut bermasalah. Atasinya dgn banyak bersenam.

4. Jika rambut kering, rawat dgn minyak hangat (hot oil). Cuba minyak bijan & sapu pada seluruh kulit kepala & rambut. Kemudian bungkus dgn serkup mandi atau kertas aluminium & balut dgn tuala hangat.

5. Jika tak sempat mencuci rambut, hilangkan baunya dgn mencelup sikat ke dalam air yg dicampur wangian lavender. Kemudian sikat rambut.

6. Sesekali rawat sendiri rambut kita dgn bahan daripada dapur. Campurkan daun parsli dgn minyak bunga matahari & sapu pada seluruh kulit kepala. Ia berupaya mengurangkan masalah rambut kering & bermasalah.

7. Jangan sesekali menyikat rambut ketika rambut masih basah kerana serat rambut mudah gugur atau putus. Sisir dgn jari atau sikat yg bermata jarang.

8. Jgn gunakan syampu terlampau tajam kerana ia hanya menyebabkan rambut kusam & tidak bermaya. Kadang2 ia menyebabkan kutikel tertanggal, membuatkan rambut bercabang.

9. Pilih syampu yg lebih seimbang atau kurang beralkali kerana ia menyebabkan rambut kering & tidak menarik.

10. Jika tinggal di bandar dan rambut selalu terdedah kpd habuk, basuh rambut setiap hari.

11. Jgn sesekali menggaru kulit kepala dgn kasar ketika mencuci rambut kerana ia bukan saja menyakitkan tetapi rambut mudah rosak. Anggaplah rambut kita spt bayi yg perlu dibelai & dimanjakan setiap masa. Basuh dgn lembut & berhati2.

12. Jgn lupa pakai perapi agar rambut lebih mudah diurus serta tidak mudah kusut. Ia juga membuatkan rambut lebih bersinar & nampak sihat.

13. Pilih perapi yg sesuai dgn rambut & jgn sesekali terpikat dgn perapi berpewangi. Pilihan yg salah hanya menyebabkan rambut tidak berseri.

14. Jgn lupa keringkan semua lebihan air bilasan pada rambut sebelum memakai perapi.

15. PENTING! Jgn sapu perapi pada kulit kepala kerana ia menyebabkan rambut berminyak. Sebaik2nya sapu perapi hanya pada pertengahan rambut hingga ke hujungnya saja.

16. Pastikan perapi disapu rata. Sebaik2nya gunakan sikat ala jari bermata kasar & jarang.

17. Cara mengering rambut yg betul adalah rahsia rambut berseri & bersinar. Pastikan kita tidak melenyapkan lembapan rambut ketika mengeringkannya.

18. Pastikan kita tahu cara 'sihat' menggunakan pengering rambut agar hasilnya memuaskan. Langkah paling penting ialah memulakan pengeringan dari bahagian bawah sekali & terus ke atas.

19. Mulakan proses mongering rambut dgn kepanasan sederhana & semakin berkurangan apabila semua lembapan hampir kering.

20. Menggunakan tahap kepanasan yg terlalu tinggi ketika rambut hampir kering hanya akan merosakkan rambut.

21. Jgn terlalu kerap menggunakan alat dandanan panas. Sebaik2nya minta pendandan memilih fesyen rambut yg paling sesuai utk kita bagi mengurangkan penggunaan alat dandanan sampingan.

22. Sekiranya gemar berjemur atau berenang, jgn lupa pakai krim bagi melindungi rambut dpd matahari & klorin.

23. Jika rambut kita kering, elakkan mencuci lebih dpd sekali sehari. Jgn lupa perapi & gunakan syampu lembut yg kaya kolagen, protin & lipid agar rambut lebih mudah diurus.

Selamat Mencuba :)

Sunday, June 8

TANDA-TANDA AWAL KANSER


(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10)Keturunan

TEH DAN KANSER

Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di nagara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6, dan evening primrose oil

Friday, June 6

Tips Diet Yg Berkesan


1. Amalkan mkn mlm sblm jam 7.00 mlm. Elakkan mengambil makanan yg berat kerana kadar metabolisme yg rendah pd waktu mlm akan menyebabkan makanan disimpan sbg lemak

2. Jgn mudah terpedaya iklan - iklan merampingkan badan @ produk2 pil kurus. Kebanyakaknnya indah khbar dr rupa. Duit hbs, badan ttp jg naik.

3. Dptkan nasihat Dr sblm membuat keputusan membeli produk diet yg bnyk terdpt di pasaran dan farmasi. Pandangan Dr adalah lebih selamat.

4. Turun 1 kg sebulan secra ttp adalah lbh baik drpd turun berat bdn secara drstik dan mendadak. Ini boleh mengganggu kesihatan dan kemungkinana berat bdn anda akan naik secara mendadak semula.

5. Rajinkan diri melakukan senaman seperti sit up. Jika mampu, berkunjunglah ke gim berdekatan. Senaman membentuk otot yg sihat dpt membakar lemak.

6. Positifkan diri. Buatlah target bdn yg realistik dan perancangan yg sesuai. Jgn memaksa diri mencapai perkara yg tdk logik dlm masa yg singkat.

7. Jgn asyik menimbang berat bdn. Anda akan kecewa jika masih tiada perubahan. cara plg fleksibel ialah menimbang berat bdn tdk lbh sekali dlm seminggu.

8. beri penghargaan utk diri sendir. Beri ganjaran pd diri sendiri jika matlamat tercapai. Cnthnya, mkn satu bar coklat yg sedap. Jgn risau sekali tdk mengapa!


Selamat Mencuba..

Masker Buah Untuk Segarkan Wajah



MASKER BELIMBING DAN NANAS

Kandungan vitamin A dan Camat berkesan bg mengecilkan pori2 kulit wajah, menyegarkan sekali gus menyejukkan. selain itu, kandungan mineralnya mampu mengurangkan kelesuan kulit dan mengatasi kulit berminyak

____________________________________________________________________________________


MASKER LABU DAN BETIK

Buah labu dan betik mengandungi Vitamin C bg mempercepatakn reproduksi sel2 kulit dan meningkatkan pertumbuhan kolagen. Selain itu, betik jg mengandungi papain manakala labu mengandungi mineral semula jd yg bermafaat bg kekencangan kulit.

____________________________________________________________________________________


MASKER APRIKOT DAN PISANG

Pisang kaya dgn dgn Vitamin C, kalium, serat dan zat besi memiliki kemampuan menghaluskan kulit. panduan ekstrak pisang dlm masker sesuai utk kulit normal bg mencegah kulit kusam selain menjdkan wajah segar dgn kulit lbh gebu dan terjaga kelembapannya.

____________________________________________________________________________________


MASKER TOMATO MENGHALUSKAN WAJAH

Tomato yg mengandungi Vitamin C dpt melindungi kulit dan terpengaruh sinaran matahari. kisaran tomato yg dipupur ke wajah mengandungi asid yg bermanfaat utk mengecilkan pori2 kulit. selain itu, memakan tomato sebiji sehari membuatkan wajah berseri- seri.

Selamat mencuba...