Monday, November 28

Faedah Penyegar Muka (Toner)

Penyegar muka direka untuk menyegar dan menyejukkan kulit. Ia mudah tersejat selepas dioles pd wajah dengan menggunakan kapas pembersih. Perlu ke kita pakai penyegar muka ni? Jawapannyer, Ya. Sbb kalo x pakai nanti muka senang nmpak kusam dan pucat. Antara faedahnya yg lain ialah, penyegar muka mampu menanggalkan lebihan minyak di permukaan kulit. Jd kpd sesiapa yg selalu ada jerawat kat hidung atau masalah pori2 terbuka, anda dinasihatkan untuk menggunakan penyegar muka bagi menghalang pertumbuhan jerawat, bintik2 hitam(black head) dan bintik2 putih (white head). Bagi kulit kering dan sensitif, elakkan produk ini kerana ia dpt mengeringkan lagi kulit muka. Perkataan astrigen pd botol bermaksud, ia mengandungi lebih kandungan alkohol, jd ia sangat sesuai kpd sesiapa yang mempunyai masalah kulit berminyak.
Perkataan tonik dan penyegar membawa maksud ia sesuai untuk kulit normal dan kombinasi kerana strukturnya yg lebih lembut berbanding dgn astrigen.
Sesetengah yg ade masalah kulit muka sensitif ni kadang takut nak beli toner. Takut muka pedih2. Harap info yg dah bagi td dpt membantu dlm memilih produk. 

*Penyegar muka buatan sendiri:
Air mawar boleh dijadikan sebagai penyegar muka utk kulit muka sensitif. Contoh: Air mawar mustika ratu. Atau kalo ade tanam bunga mawar, ambik sekuntum bunga mawar pastu ramas sikit2 bunga tu kat air yg bersih. Lagi elok air yg dah ditapis klorinnyer..Pastu bolehla segarkan muka ngan air mawar..*pasni confirm pokok bunga mawar laku kat kedai :) Kaum lelaki yg rajin bagi bunga tu, kasila banyak skit bunga mawar..leh dimanfaatkan sbg tonerrr...

No comments: