Tuesday, November 29

Kepentingan Pelembap Muka dan Krim Malam

Dah cuci muka, dah pakai toner, jangan luper pakai pelembap muka atau krim malam pulak. 

Pelembap muka ni dirumus khas untuk melembut dan melicinkan kulit. Kalo kulit muka kering, kena kerap skit pakai pelembap muka ni sbb krim ni membentuk lapisan pd permukaan kulit untuk mencegah kehilangan lembapan kulit. Semua jenis kulit memerlukan pelembap. Lg untung zaman skang ni boleh dikatakan hampir semua pelembap mengandungi bahan2 untuk merawat kulit. Antaranya penapis UV untuk melindungi kulit anda setiap masa drpd kesan penuaan dan sinaran matahari. Ade sesetengah pelembap tu mengandungi vitamin c untuk mencerahkan kulit, collagen untuk menganjalkan kulit dan ade juga bahan untuk menghilangkan kulit kusam dan jeragat.
Krim Malam ni teksturnya lg pekat berbanding dgn pelembap muka. Direka khas untuk untuk memberikan lembapan tambahan kpd kulit smbil membelai dan memanjakan kulit ketika anda tidur..




No comments: