Wednesday, December 14

Petua Untuk Menghilangkan Parut

Dah puas cuba mcm2 produk utk hilangkan parut? Kalo dah hampir give up dgn produk2 ni, jom cuba petua cara traditional plak. 


KULIT KAYU MANIS + BEDAK SEJUK
Ni petua yg paling glamour dan mudah. Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai utk menghilangkan bintik2 hitam & jerawat.

ASAM JAWA
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur


BIJI ASAM JAWA


Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu  atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.







KULIT PISANG
Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.







BERAS + KUNYIT HIDUP + BAWANG PUTIH
Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan parut akan hilang sikit demi sikit.

IBU KUNYIT
Tumbuh sedikit ibu kunyit dan gosokkan dikawasan yg berparut. Sgt sesuai utk parut2 yg baru. Parut lama kena kerja keras skit.








BEDAK SEJUK + CEKUR
Campurkan segenggam bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan cekur yang telah ditumbuk halus. Pakai bedak sejuk ini sebelum masuk tidur. Lakukan sehingga kesan parut itu hilang.

1 comment:

Unknown said...

Perkongsian yang sangat menarik admin. Menurut kajian dan respon dari pengguna vitamin E, mereka mengatakan bekas parut jerawat serta parut luka hilang dan meninggalkan kulit yang bersih dan cantik selepas mengambil vita E secara oral dan menjadikannya sebagai masker. Ada yang mengambilnya secara konsisten, untuk 3-4 bulan, bukan sahaja parut hilang, malahan jerawat pun dah tak timbul lagi. Saya ada kongsi testimoni mereka di sini, http://bit.ly/1f7OeYq