Wednesday, December 14

Tips Rambut Untuk Lelaki

Hari tu dah share 11 Tips n Tricks Utk Lelaki. Kat situ criter psl muka je. Hr ni kiter beralih ke topik rambut plak. 


Gunting n Styling


- Lelaki perlu gunting rambut mereka lebih kerap berbanding wanita, kira-kira setiap 4 minggu. Sbb rambut lelaki perlu selalu kemas dan rapi, biler dah panjang skit nti dia jd makin tebal, bengkok2, sepah atau x kemas (bergantung kpd keadaan rambut)

- Jangan asyik buat style rambut yg sama je. Kadang2 kiter perlu ubah gaya rambut utk menaikkan mood dan semangat. New year nak dekat ni, cuba buat gaya baru. Kalau xtau nak buat gaya ape, bgtau stylist kat salon tu. Ckp nak ubah gaya rambut, nti pandailer diorg nak suggest.

- Cuba salun yang berbeza biler dah bersedia untuk buat perubahan gaya rambut. Kedua-dua stylists lelaki dan perempuan boleh bagi korang beberapa idea untuk warna kulit, potongan dan gaya rambut.


- Kalau rambut nipis n x sama banyak. Teruskan dgn gaya potongan pendek atau menimbangkan utk mencukur semua rambut (botak)


- Utk yg rambut kerinting plak, pakai mousse, gel atau produk styling utk menggayakan/merapikan rambut. Boleh cuba buat rebonding atau braiding mcm kat gmbar bawah ni :)


Tips mewarna rambut Lelaki


- Mewarnakan rambut dpt memberikan rambut nmpak bersinar dan berubah style secara drastik. Kalau sayang dgn potongan rambut skang, bolehla consider utk tukar warna rambut. For first timer, jgn pilih warna yg terlampau pekat. Seeloknya pilih warna2 gelap n natural look skit (contoh; brown, light brown, coffee, mocha) 


- Antara warna lain yg sesuai dgn rambut lelaki adalah blue black, grey, red. (Gatsby mempunyai pelbagai pilihan warna rambut utk lelaki)


- Kalau warnakan rambut kat rumah, sentiasa lakukan ujian warna, bukan hanya untuk reaksi alergi, tetapi untuk lihat kesan kepekatan warna n pastikan rambut tak rosak. *ade sesetengah rambut cpt bertindak balas ngan pewarna. Ade jugak yg susah nak bertindak balas dgn chemical. Ni boleh akibatkan rambut jd rosak dan kering.

3 comments:

Unknown said...

Cool! I love this blog! Soon, I'll try to dye my black hair to maybe brown, light brown or light golden brown..hehe :-)

-izracyber- said...

thanks for reading Nimrod Robert :)

Unknown said...

Kalau rambut dh siap rebounding dlm seminggu mcm tu boleh di potong pendek ke? Sbb panjang rebounding x lawa...