Saturday, February 23
Tips Mendapatkan Rambut Yang Sihat & Bermaya
Hello February, hari ni kita cerita pasal rambut. Nak rambut yg cantik dan sihat ala2 Neelofa, Nora Danish, Maya Karin atau June Aziz?? Mari baca tips kat bawah ni.
Untuk mendapatkan rambut yang sering diimpikan terutama sekali dikalangan wanita, perkara utama yang harus dielakkan adalah keguguran rambut. Cara untuk mengelakkannya adalah :
1 - Memastikan rambut sentiasa disikat secara betul dan lembut kerana ia membantu memecahkan lebihan minyak yg tersumbat di liang akar rambut.
2 - Elakkan daripada membiarkn rambut terdedah dengan angin, sinar matahari dan bahang seperti dari alat pengering rambut, siraman air panas ketika mandi dan alat pelurus rambut.
3 - Memakai topi atau skarf yg ketat jugak menjadi salah satu punca keguguran rambut kerana menyebabkan aliran darah di kulit kepala kurang lancar. Ia juga menyebabkan penghasilan peluh dan sekaligus kotoran daki. Jadi lebih baik longgarkan sedikit aksesori di bahagian kepala agar aliran udara lancar.
4 - Pastikan rambut tidak didandan ketika rambut sangat kering kerana ia akan memberi kesan elastik pada pangkal rambut dan akibatnya rambut akan mudah putus.
5 - Rehatkan kulit kepala daripada terlalu kerap dicuci supaya kutikel rambut tidak kusam akibat kulit kepala yang kering.
6 - Bagi rambut yang bercabang, anda disarankan supaya memotong dihujung rambut agar belahan tidak sampai ke pangkal dan menyebabkan rambut jadi halus dan mudah putus. Bawang merah dan madu merupakan salah satu bahan yang boleh dijadikan scrub dibahagian rambut yang mulai menjadi botak akibat dari keguguran rambut yang terlampau.
7 - Rambut beruban??? Tipsnya ialah dgn mengambil kulit durian dan bersihkannya. Kering dan kemudian bakar hingga menjadi abu. Masukkan ke dalam air dan biarkan mendap. Kemudian, cuci rambut anda dengan air mendapan kulit durian sekali sehari. Insya-Allah, rambut anda tidak akan beruban.
-Xiera n Tace-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment