Saturday, February 23

Beza Hot Rollers dan Curling Iron

Bosan dgn rambut yg sama? Anda menginginkan rambut yg sedia lurus digulung agar lebih  beralun? Ramai yg anggap utk menguruskan gaya rambut sebegini bukanlah sesuatu yg 
mudah tapi kalau seseorang tu faham dan tau cara2 nak menguruskan dgn betul, pastinya ia kelihatan cantik n sihat sentiasa. 

Salah satu daripada alat menggulung rambut adalah:

CURLING IRON. Alat ini sesuai utk mereka yg nak menghasilkan gaya rambut 'berombak' atau pun beralun di seluruh kepala.

HOT ROLLERS. Menghasilkan gaya rambut menggulung pada seluruh rambut pada satu masa yg sama.

Setiap alatan menggulung rambut ini mempunyai kelebihan n  kekurangannya. Berikut adalah antara pro dan kontra daripada penggunaan CURLING IRON dgn HOT ROLLERS:



VS


     
1- Kedua-dua produk ini perlu dibiarkan panas terlebih dahulu sebelum digunakan. Bagaimanapun, hot rollers memerlukan masa yg lebih untuk panas.

2- Hot Rollers sangat berkesan untuk menggulung seluruh rambut, tetapi ia tak sesuai untuk menggulung hujung rambut sahaja. Gunakan curling iron jika mahu menggulung hujung rambut sahaja.

3- Kalau anda memilih untuk menggunakan curling iron, anda boleh memilih sama ada nak gulungan kasar atau lebih kecil. Bagi penggunaan hot rollers pula, anda mesti memberus rambut yg sudah siap digulung untuk menghasilkan gaya yang diingini.

4- Memandangkan curling iron lebih ringkas bentuknya, jadi ia lebih mudah  dibawa ke mana-mana berbanding peralatan menggulung rambut yang lain.

5- Gunakan hot rollers jika anda tidak mempunyai masa yang lama untuk mendandan rambut kerana anda boleh menggulung seluruh rambut pada satu masa yg sama.


-Xiera n Tace-

No comments: