1 - Anda disarankan untuk menggunakan scotch tape. Taknak guna pun takpe.
2 - Kalau nak buat smoked eyes, gunakan eyeshadow yg berwarna agak gelap seperti coklat tua, biru tua, ungu tua, hjau tua atau kelabu gelap.
3 - Kalau nak pakai bulu mata palsu, elakkan dari memakai yang terlalu besar dan tebal sebab nanti nampak fake sangat.
4 - Guna maskara agak tebal utk memberi kesan mata yg bulat.
MATA BESAR O_O
1 - Anda boleh melukis garis memanjang dengan menggunakan eyeliner sampai melewati sudut bulu mata.
2 - Elak menggunakan eyeshadow berwarna gelap, sebaliknya gunakan eyeshadow berwarna silver atau warna terang.
MATA BERKANTUNG u_u
Mata berkantung ialah mata yang terlihat sembab, bengkak atau berkantung pada bahagian bawah kerana kurang tidur atau terlalu letih.
1 - Guna concealer utk menutup kantung mata selepas mengguna alas bedak. Perlu diingat jgn menggunakan concealer terlalu tebal utk menutup kantung mata kerana akan menimbulkan tompokan kerutan. Pilih concealer yg warnanya mendekati warna alas bedak supaya nampak natural.
2 - Gunakan bedak tabur utk meratakan warna pada sekitar bawah mata anda.
3 - Pilih eyeliner dgn warna yg tak terlalu gelap supaya kawasan mata tak nampak semakin gelap. Cadangan warna : Coklat tua.
MATA BERJAUHAN 0__0
Mata yg berjauhan dpt diperbaiki dgn menggunakn teknik berikut dgn membuat shading yg memberi kesan utk mendekatkan mata.
1 - Panjangkan pangkal alis sehingga mata terlihat lebih dekat.
2 - Elak menggunakan eyeshadow dgn warna terang pada sudut mata bahagian dalam.
BENTUK MATA BERBEZA 0_o
Bentuk antara mata kanan dan mata kiri umumnya memang tidak sama, tetapi bila perbezaan terlihat cukup jelas, ia akan mengganggu penampilan anda.
Utk mengimbangkan bentuk mata ini lakukan teknik di bawah :
1 - Pakai bulu mata palsu. Gunakan bulu mata yg sesuai dgn bentuk mata. Utk mata satu lg, pasang bulu mata pada bahagian sudut luar mata pada posisi lebih tinggi. Practice make perfect.
2 - Buat garis sudut luar mata dgn menggunakan eyeliner lebih tebal.
3 - Sapukan maskara agak tebal pd sudut luar mata yg ingin diubah.
MATA TURUN v_v
Mata turun ialah pengaruh usia atau faktor genetik, mata seseorang akan kelihatan turun sehingga terlihat kurang mempesona. Utk mengatasi masalah ini, anda boleh melakukan perkara berikut :
1 - Gunakan scotch tape pada kelopak mata.
2 - Pilih eyeliner warna hitam dan pakai lebih tebal pada sudut luar mata bahagian atas mahu pun bawah.
3 - Sapukan eyeshadow warna gelap agar mata terlihat besar. Guna eyeshadow dgn cara ditarik mulai dari 1/3 sudut luar kelopak ke arah atas hingga membentuk sudut 90 darjah.
No comments:
Post a Comment