Adakah anda banyak menghabiskan masa di hadapan komputer (VDT-visual display terminal)? tips di bawah mungkin boleh membantu mengurangkan keletihan mata anda.
* Beritahu pakar mata anda yang anda sering menggunakan VDT. Kacamata untuk aktiviti lain mungkin tidak begitu sesuai untuk penggunaan komputer. Anda mungkin memerlukan prespkripsi khas.
*Pastikan jarak antara monitor dan mata anda adalah sekurang-kurangnya 20 inci.
* Permukaan monitor yang terang boleh menimbulkan keletihan pada mata dan juga boleh menyebabkan sakit kepala. Untuk mengurangkan silau pada monitor, elakkan permukaan monitor dari menghadap punca cahaya yang terang seperti tingkap, lampu dan sebagainya dan gunakan penapis anti-silau di atas monitor anda.
* Jika anda perlu merujuk kertas/dokumen, letakkan dokumen tersebut berhampiran monitor supaya mata anda tidak perlu mengubah fokus setiap kali melihat dokumen tersebut. Anda juga boleh menggunakan pemegang dokumen.
* Alihkan skrin anda supaya kedudukannya berada antara 15 hingga 20 darjah di bawah garis pandangan melintang anda.
* Sapu/cuci habuk daripada monitor anda secara kerap.
* Banyakkan berkelip untuk mengelakkan mata menjadi kering.
Jika imej di atas skrin anda menjadi kabur, hantar VDT tersebut untuk servis dengan segera. Imej yang bergetar secara berterusan juga boleh menyebabkan keletihan pada mata anda. Getaran ini seringkali disebabkan oleh kadar pembalikan memanjang yang rendah (low vertical refresh rate) atau high dot pitch. Mungkin sudah sampai masanya untuk anda membeli monitor baru.
No comments:
Post a Comment