Saturday, March 17

Teh Mana Untuk Anda?

Disebalik rimbunan daun teh yang menghijau, tidak ramai yang mengetahui akan 1001 rahsia yang terdapat di dalamnya. Hanya mereka yang menjadikan pengambilan minuman ini sebagai kebiasaan, mampu merasakan perubahan. Walaubagaimanapun tidak semua teh sesuai untuk anda. Disarankan pengambilan minuman ini mengikut aktiviti yang anda lakukan setiap hari:

1. Teh Bunga merupakan pilihan paling tepat bagi anda yang sering menggunakan otak semasa bekerja atau para pelajar.

2. Bagi anda yang menggunakan tenaga untuk bekerja atau anda seorang ahli sukan, teh cina mampu memberikan anda tenaga tambahan.Teh cina juga mambantu anda yang mengalami masalah kesihatan.

3. Teh hijau dapat membantu anda yang sering bergerak cergas.

4. Teh Cina atau Teh Hijau mampu membantu anda yang mempunyai masalah kolestrol dan tekanan darah tinggi.Ia juga merupakan pilihan yang terbaik bagi mereka yang jarang melakukan sebarang aktiviti berat.

5. Sebarang teh yang mengandungi madu mampu menolong anda yang mempunyai masalah kurang lawas atau kerap ke bilik air.

7. Teh pelbagai perisa mampu menolong sesiapa sahaja yang senantiasa mengadap komputer setiap hari. Amalan pengambilan teh ini mampu mengurangkan tekanan kerja yang dialami setiap hari.

Namun bagi anda yang langsung tidak terlibat dengan mana-mana fakta di atas, pengambilan pelbagai jenis teh akan mampu menyihatkan dan menyegarkan kembali tubuh badan anda yang lesu

No comments: