Tuesday, February 20

Perawatan Mencerahkan Kulit Wajah

URUTAN KULIT: Urutan adalah cara berkesan untuk mencerahkan kulit kerana ia boleh membuatkan darah berjalan dengan lebih lancar. 

Lakukan urutan ini semasa membersihkan atau melembapkan kulit wajah. 

Caranya, 

titiskan losen pelembap pada kulit wajah, gosok dan ratakan dengan sapuan melingkar kemudian lakukan urutan di dahi secara zig zag dengan menggunakan kedua-dua jari telunjuk atau jari tengah dan akhiri dengan slaping atau menepuk-nepuk muka secara perlahan dan lembut.

AMALKAN:
1) Lap wajah kamu dengan tuala suam dan diikuti dengan tuala sejuk untuk tujuan menyegarkan dan menegangkan permukaan kulit.(Tidak digalakkan bagi kulit sensitif).

2) Banyakkan minum air putih dan sapuan pelembap. Bagi sesiapa yang sibuk, semburkan muka dengan facial spray bagi mengelakkan kulit menjadi kering dan kusam.

No comments: