Thursday, September 3

Apa itu easyParcel?

source : https://easyparcel.my/

Sempena #MYCYBERSALE yang bakal berlangsung 28 September 2015 - 2 Oktober 2015 nanti. Mesti ramai yang tengah prepare barang-barang untuk dijual. Rasanya macam sesuai sangat kalau bulan ni kita register easyParcel sebab diorang tengah buat promosi RM 5 untuk 1 kilo yang pertama. Free pickup pulak tu. So pagi ni macam rajin nak godek-godek website diorg and pahamkan apa yang diorg tawarkan. 

Apa itu easyParcel?

easyParcel ni lebih kurang macam MBE je. Cuma bestnya diorg offer 100% online. Kalau MBE, kite kena pergi office diorg, pastu diorg timbang and suggest courier mana yang murah (sepatutnyalah, tapi dah banyak kali pakai servis MBE takde pun staff diorg suggest.), Lepas suggest, kite bayar harga duit pos pastu tinggal barang kita tu kat ofis MBE. easyParcel pulak kite kena register online, bayar online, pastu tunggu org pickup barang kat rumah.

Harga?

Selepas banyak kali try sistem semak harga diorg, memang betullah easyParcel offer RM5 untuk 1 kilo yang pertama. Tapi, kena daftar and topup. Minimum RM100.

Cara nak dapatkan promosi RM 5?

1- Register sebagai ahli easyParcel secara percuma (Nanti dapat free credit RM25. Nak buat apa dengan RM25? Baca sini -> )
2- Topup untuk dapatkan harga promosi RM5 untuk 1 kilo yang pertama. Diorg ade banyak pakej. Contoh kalau topup RM100 = layak dapat harga promosi rm5/1st kg selama 1 bulan. Lagi banyak topup = lagi banyak kelebihan. Semak pakej topup easyParcel kat SINI

Syarat Lain

- Kadar RM5 hanya boleh didapati untuk penghantaran dalam Semenanjung Malaysia dan bagi kiriman sehingga 1kg.

- Setiap akaun boleh mendapatkan penimbang berat SEKALI sahaja. (Untuk sesiapa yang topup RM 500 atau RM 1000.) Untuk maklumat lanjut sila baca SINI 

- Kadar RM5 ini dijamin boleh digunakan hanya untuk pembekal kurier tertentu. Nota: EasyParcel mempunyai hak untuk mengawal kelantangan penghantaran dengan mengeluarkan kadar RM 5 dari mana-mana pembekal kurier dengan atau tanpa notis terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengekalkan kualiti perkhidmatan daripada semua penyedia kurier. Walau bagaimanapun, akan ada sekurang-kurangnya satu pembekal kurier untuk menampung kadar penghantaran RM5.

easyParcel pakai courier company apa?

Poslaju, Skynet, Airpak, Nationwide Express

________________________________________________________

Saya dah faham and nak try register easyParcel ni. Currently saya pakai Skynet, Gdex dan Poslaju Prepaid. Dari dulu nak register akaun poslaju tapi tak buat2 pun. easyParcel ni ade courier company yang saya takde lagi, jadi tak rugi nak register sbb boleh main compare2 price. 
Baca pos seterusnya kat sini -> ?? nanti update sbb tak register lagi 

1 comment:

moteto said...

Memang bagus guna easyparcel nie. Saya pun dah dekat 2 tahun guna easyparcel. So far tak pernah menghampakan...kalau ade masalah pun dengan kurier, bukan easyparcel dan mereka bersungguh-sungguh untuk selesaikan masalah kita dengan pihak kurier. Tak payah lagi beratur panjang-panjang kat Poslaju. Saya pun ade jumpa satu lagi blog yang cerita pasal easyparcel secara spesifik http://easyparcelreview.blogspot.com/