Picture credit : Self.com |
Bagaimana cara terbaik dan paling singkat untuk mendapatkan tubuh langsing idaman anda?
Mudah sahaja, pastikan anda mengikuti tip pemakanan ini dengan baik enam bulan sebelum bergelar isteri.
Nescaya bakal suami akan terpegun apabila memandang tubuh ramping anda ketika melangkahkan kaki di atas gerbang pelamin.
TIP DIET RENDAH LEMAK
1. Pastikan minuman dan makanan bersusu seperti yogurt dan cheese berlabel rendah lemak.
2. Makanan bijirin seperti biji gandum, nasi, nasi perang, oat, pasta dan sebagainya masih diperlukan tetapi dalam kuantiti yang sederhana.
3. Sayuran dan buah-buahan segar(paling penting untuk kulit segar dan berseri). Jika kurang berminat, gantikan dgn sayuran yang telah disejukbeku/buah-buahan kering.
4. Pada penggemar daging dan ikan, anda perlu berpantang sebelum tibanya hari bahagia. Pastikan anda mengambil daging ayam, kambing atau lembu pada kadar kuantiti yang sedikit. Anda dinasihatkan menyediakan makanan ini dengan cara membakar, merebus atau mengukus.
5. Baca label produk sebelum membeli sebarang makanan atau minuman. Pastikan kandungan lemaknya adalah rendah.
6.Kurangkan pengambilan makanan yang telah diproses. Biasanya makanan yang telah diproses mengandungi perisa tambahan yang tinggi kandungan lemaknya.
7.Elakkan mengambil makanan seperti kek, pastri, biskut, coklat dan makanan ringan yang mengandungi banyak lemak dan minyak.
8.Elakkan mengambil minuman susu penuh krim dan ais krim.
1 comment:
Di 4LIFE, kami ada NUTRASTART yg dapat membantu mereka yg ingin mengamalkan diet hidup sihat tanpa perlu berlapar...
Post a Comment