Tuesday, October 17

Tip Penjagaan Rambut Bagi Yang Bertudung

1- Pilih tudung drpd kain kapas yg mudah menyerap peluh dan memudahkan peredaran udara.

2- Walaupun ingin berfesyen, cuba elakkan melilit tudung di bahagian leher kerana akan menghalang peredaran udara dan akan merimaskan pemakai.

3- Elakkan memakai dua lapisan tudung dalam satu masa. Walaupun ia salah satu fesyen sekarang, tapi ia akan menyebabkan keguguran rambut dan migrain.

4- Hindari menggunakan anak tudung yang sama setiap hari. Jika tudung yang berbeza boleh kamu pakai setiap hari, kenapa tidak anak tudung?

5- Jika kamu sering terdedah kepada matahari, pilih tudung berwarna cerah atau putih. Hindari warna gelap atau hitam yang mudah menyerap haba matahari.

6- Jika berambut panjang, elakkan mengikat kuat di dalam tudung yang akan menghalang peredaran udara berlaku. 

7- Selepas membuka tudung, urai rambut untuk membenarkan udara masuk. Jika perlu, keringkan peluh di kulit kepala dengan kipas angin.

8- Pastikan rambut betul-betul kering selepas dicuci sebelum mengenakan tudung untuk mengelak rambut berbau.

9- Selalulah mencuci rambut. Minimum dua kali seminggu.

10- Pilih syampu yang sesuai dengan rambut untuk mengelak kerosakan berterusan.

No comments: