Sunday, July 15
Kebaikan Pengamalan Aromaterapi
Aromaterapi mengunakan minyak essensial tulin dari berbagai bahagian tumbuhan (bunga, daun, resin, kulit, ranting, benih, buah, hati dan akar). Ianya diklasifikasi secara umum sebagai citrus, kebungaan, bertanah, berempah, beresin dan berkayu.
Aromaterapi adalah kombinasi kesenian dan sains. Ianya berunsur karya dari perlunya daya kreatif dan kenalurian dalam proses penyediaan adunan minyak essensial. Pengetahuan sains pula diperlukan dalam proses mengekstrak minyak tersebut. Setiap proses atau teknik mengekstrak akan menghasilkan produk yang berlainan kerana setiap ramuan tumbuhan memerlukan proses yang berbeza.
Oleh yang demikian, Aromaterapi bukanlah sekadar “haruman yang baik” tetapi sebenarnya adalah suatu sistem rawatan menyeluruh. Jika ianya diamalkan dengan sempurna, ianya akan membantu menenangkan seseorang dan memupuk perasaan“homeostasis” atau harmoni dalam tubuh badan. Di samping itu pengamal Aromaterapi juga dapat memperolehi keseimbangan dan pada masa yang sama tenaga badan boleh dipromosi dan dikekalkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment