Sunday, July 15
Kebaikan Aromaterapi
Asal–usul Aromaterapi wujud sejak 5000 tahun yang lampau. Orang Mesir purbakala adalah yang pertama mengamalkan aromaterapi dengan menguna kaedah merendam tumbuhan yang wangi ke dalam campuran yang mendidih untuk mengeluarkan minyaknya.
Berabad sebelum ini aromaterapi telah digunakan oleh tamadun Cina, India dan Roman yang mengikut cara pengunaannya dari tamadun Yunani purba. Hari ini, aromaterapi telah menampakkan pemulihan kegunaanya sebagai sejenis cara perubatan alternatif. Walupun ianya tidak berupaya menggantikan perubatan tradisional, tetapi ciri–ciri holistiknya boleh menyembuh dari segi minda, jasmani dan semangat.
Aromaterapi berkeupayaan meningkatkan semangat. Ianya mampu melegakan perasaan rendah diri, putus asa, kesedihan, histeria, kebimbangan, masalah tidur dan juga masalah memori.
Kebaikan dari segi perubatan termasuk mengurangkan keletihan, masalah pernafasan, termasuk selsema, sakit kerongkong, lelah dan bronkitis. Lebih penting adalah aromaterapi boleh membersihkan dan memperbaiki kualiti udara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment