Thursday, September 28

Kelebihan Makan Kurma

Picture credit from http://tourstravelumroh.com/pasar-kurma-madinah-terbesar-di-arab-saudi.html

A) Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung Dan Kencing Manis - Berdasarkan kajian Prof Madya Asiah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001)

B) Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan - Prof Madya Asiah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Khasiat buah kurma bukan sahaja diakui dalam Islam dan diakui juadah penting berbuka puasa, malah kalangan ahli perubatan menganggapnya buah berkhasiat yang mampu mencerdaskan otak dan menyihatkan tubuh badan. Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra malaysia (UPM), Prof Madya Asiah Zain berkata, "Pengambilan buah kurma tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian." Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya." Tenaga Segera Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu." Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s, kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

Wednesday, September 13

Air Inai Naikkan Seri Muka (Tips untuk bakal pengantin atau ibu selepas bersalin)

picture credit from http://www.bingregory.com/archives/2014/04/27-daun-inai/


Bagi sesiapa yang sentiasa kelihatan pucat dan tidak bermaya, letih, lesu, cubalah amalkan petua ini. 


1) Segenggam daun inai atau akar inai, rebus hingga airnya menjadi kekuningan dalam masa 15minit.

2) Tapiskan airnya dan biarkan sehingga suam sedikit.

3) Amalkan minum air rebusan inai ini tiap-tiap pagi dan malam. Sudah pasti kena berselawat dululah, Insya-Allah muka kelihatan kemerah-merahan serta berseri. 


Petua ini elok sekali diamalkan oleh bakal-bakal pengantin. Amalkan meminumnya sebelum hari persandingan. Ibu-ibu yang baru lepas bersalin pun elok juga minum air rebusan inai nie.

Saturday, September 9

6 Info Smart Untuk Lelaki

1- Senaman Setiap Hari 

- Utk mengimbangkan fizikal dan dalaman yang sihat, senamanlah pengubatnya. 20 minit joging sudah memadai. Kurang senaman akan menyebabkan perjalanan darah tidak begitu lancar. Ini memberi kesan yg tidak baik kpd prostat. Bersenam setiap hari dan pastikan anda mengikut jadual yang betul.


2. Lebihkan Karbohidrat 

- Lelaki memerlukan tenaga yang padu untuk bekerja sepanjang hari. Jika bukan untuk fizikal, lelaki tetap memerlukan tenaga untuk berfikir sepanjang hari. Wanita tetap memerlukan karbohidrat, namun kuantitinya agak berbeza dgn lelaki yg memerlukannya lebih banyak.


3. Gula-Gula Getah 

- Ia dpt membantu sesiapa yg ingin berhenti merokok. Kandungan nikotin dlm gula-gula getah ini cukup sesuai untuk menggantikan rokok. Daripada ketagih rokok, ada baiknya bertukar dgn gula-gula getah ini. Lebih murah dan menyihatkan.


4. Sit Up 

- Antara senaman ringan yang berkesan untuk lelaki yg tiada masa utk bersenam. Ia menguatkan otot sekitar perut. 20kali mungkin tidak langsung memberi kesan. Tambahkan mengikut kemantapan tubuh masing-masing.


5. Hentikan Tabiat Merokok 

- Tahukah anda tabiat merokok boleh menjejaskan tahap kesuburan? Bukan itu sahaja, malah nikotin yg terdapat dlm rokok juga penyebab masalah kardiovasklar dan lain² penyakit seperti paru-paru,sakit jantung, sakit pernafasan dan strok.


6. Pemeriksaan Gigi 

- Kaum lelaki dikatakan diantara kaum yg terbanyak mengalami masalah gigi rosak berpunca dari tabiat merokok. Lebih memburukkan keadaan, kesihatan gigi yg terganggu akan menjadi punca nafas berbau dan kanser mulut. Lihat gigi anda di cermin:) Jadi, berjumpalah doktor gigi anda sebelum anda pakai gigi palsu. Terima Kasih :)

Wednesday, September 6

7 Perkara Tentang Cantik...

Lakukan secara teratur dan penuh disiplin jika kamu ingin nampak cantik dan menarik. 


1.Bersihkan mekap di wajah sebelum tidur. Sisa mekap yang masih bersisa di wajah akan mengundang masalah pada kulit. Oleh itu gunakanlah pembersih yang sesuai dengan kulit ketika saat membersihkannya. Bagi kamu yang mempunyai kulit yang berjerawat, gunakan air suam untuk membersihkannya. Ia bertujuan agar cairan pembersih mudah meresap ke dalam kulit.

2. Jangan ganggu jerawat. Jangan sesekali memicit jerawat yang terdapat di wajah.Jika ianya berlaku, kulit kamu akan terluka dan akan meninggalkan kesan parut pada kulit kamu. Sebagai penyelesaian, samarkan jerawat kamu dengan concealer ketika merias wajah.

3. Gunakan alas bedak. Di pasaran kini, terdapat pelbagai jenis bedak asas dalam pelbagai pilihan mengikut jenis dan warna kulit. Oleh demikian, jangan lupa menggunakan bedak asas di saat merias dan jangan lupa memilih bedak yang sesuai dengan kulit kamu.

4. Sapuan pemerah pipi. Ia akan membuatkan riasan wajah bertambah cantik dan berseri.

5. Rapikan riasan. Pentingnya kebersihan dalam kecantikan. Riasan yang rapi akan menjadikan mekap di wajah tampak kemas dan cantik.

6. Jangan tebal. Hindari pemakaian bedak asas yang terlalu tebal hinggakan kulit wajah nampak lebih gelap dari kulit leher.

7.Jangan 'botak'kan kening. Kening yang terlalu nipis akan membuatkan wajah nampak lebih tua. Malah, setiap wanita lahir dengan bentuk kening yang sudah sempurna. Jadi, apa yang perlu kamu lakukan adalah merapikan sahaja bulu kening agar tak nampak berterabur dan kusut.

Saturday, September 2

Peringatan Khusus Untuk Wanita Sahaja

1. Terlalu lama berdiri - Merosakkan tulang.Urat² sekitar kaki m'jadi kembang.

2. Terlalu lama duduk - Merosakkan lipatan daging.Tubuh menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - Merosakkan urat, haid akan menjadi tidak teratur.

4. Terlalu lama melihat - Merosakkan darah.Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan.

5. Terlalu banyak tidur - Merosakkan tenaga.Menjadi pemalas.Mudah murung.Urat² di sekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - Merosakkan usus.Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah - Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu.

9. Terlalu banyak bersedih - Merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - Merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - Merosakkan ginjal.Apabila fungsi ginjal terjejas,boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.

13. Terlalu banyak makan - Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan & malas.

14. Terlalu banyak minum minuman berais - Merosakkan otot.Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awet muda.

*copy from Majalah Remaja :p

Facial Di Rumah atau Salon?

Tanya pada diri sendiri. Apakah kita benar-benar memerlukan khidmat di salon? 

Mampukan kita menghapuskan jeragat dgn mengwap muka? 

Tahukah kita bahawa air wap yg terlalu panas boleh memudaratkan saluran darah di bahagian hidung dan pipi? 

Sedarkah kita mencungkil jeragat dan memicit jerawat juga boleh meninggalkan parut?

Apa yg dilakukan di salun kecantikan biasanya menggunakan wap yg diozonkan utk membuka liang pori; diikuti dgn pembersihan mendalam yang mampu mengeluarkan jeragat dan kotoran. Suhu wap dikawal menggunakan meter, mengikut keperluan serta ketahanan kulit. Selepas itu muka jeragat dibersihkan diikuti penjagaan seterusnya mengikut jenis kulit spt penyegar(toner), bahan rawatan mengikut jenis kulit atau keperluan (Vitamin C, brightening serum, face lifting, collagen), pupur(masker), urutan (Face massage) dan pelembap (Moisturizer). Ini untuk advance facial. For normal/fast facial, kebiasaannya muka akan dicuci dengan menggunakan pembersih muka (berdasarkan keadaan kulit), face scrub, kemudian muka akan diwapkan untuk membuka liang pori, kerja2 membuang jerawat,whitehead dan blackhead, pupur (mask), penyegar (toner) dan pelembap (moisturizer). 

Sebenarnya.......

Masalah jeragat dan jerawat memerlukan khidmat pakar. 

Masalah lain seperti kulit kering, berminyak, kombinasi dan kulit normal, boleh kita manfaatkan sendiri rawatan di rumah.

Apa yg perlu dilakukan ialah ketahui jenis kulit kita. Ini boleh dilakukan dgn mendapat khidmat juru kecantikan untuk mengenal pasti masalah kulit kita. Kemudian beli set bahan penjagaan yg lengkap termasuk pembersih(cleanser), penyegar(toner), pupur(Face mask), penyental(Facial scrub), pelembap(Moisturizer) dan krim khas utk rawatan masalah (mengikut jenis kulit). Apa yang penting, kita mesti disiplin dalam penjagaan. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Tapi...

Bagi saya, seeloknya pergi ke salon sekurang-kurangnya sebulan sekali. Beza..memang akan nampak bezanya. Terutama sekali pada bentuk muka kita. Mungkin sebab face massage atau penggunaan mesin2 di salon tu. Muka akan nampak runcing/bujur sirih kalo selalu buat face massage. 

Mitos Tentang Rambut

SYAMPU

Terlampau kerap bersyampu boleh menyebabkan rambut mengalami keguguran. 

Sebenarnya, cara anda menggosok kepala adalah penyebab utama rambut gugur. Cara menggosok kepala yang tidak betul akan mencabut akar rambut. Rambut yang gugur 50-100 helai sehari adalah perkara normal. Ini berlaku kerana rambut juga perlukan generasi. Jika jumlah rambut gugur lebih daripada jumlah yang dihadkan, maka anda mengalami masalah rambut gugur. Masalah itu terjadi mungkin disebabkan oleh fungsi tubuh anda terganggu, stress dan kurang vitamin.(sila kira berapa helai rambut yg dah gugur tue)

MAYONIS

Ada juga di kalangan wanita mengatakan bahawa mayonis adalah perapi rambut yang baik. 

Jika dilihat secara asasnya mayonis diperbuat daripada campuran telur, minyak dan cuka. Memang benar bahawa bahan-bahan ini adalah perapi yang baik. Tapi anda harus ingat, tidak semua rambut serasi dengan bahan-bahan tersebut. Misalnya bagi rambut berminyak, sebaiknya hindari penggunaan minyak yang banyak. Rambut yang kering dan kulit kepala yang sensitif pula, hindarkan penggunaan cuka. Ingat juga, setelah menggunakan mayonis sebagai perapi, basuhlah dengan bersih kerana dikhuatiri lubang pori-pori akan tersumbat.

SYAMPU BAYI

Syampu bayi sering dianggap sebagai bahan yang mampu menjadikan rambut wanita dewasa kembali lembut seperti rambut bayi.

Sebenarnya, tekaan itu adalah merepek. Satu-satunya kelebihan menggunakan syampu bayi adalah mata anda tidak pedih. pH yang terdapat dalam syampu bayi lebih rendah berbanding pH pada syampu orang dewasa. Hal ini kerana kulit kepala bayi masih lembut berbanding kulit kepala orang dewasa. Penggunaan syampu bayi kepada orang dewasa tidak berkesan kerana syampu bayi tidak mampu bekerja secara maksimum pada kulit kepala orang dewasa.

AIR LIMAU

Ada petua yang mengatakan perahan air lemon boleh mengilatkan rambut

Petua ini mungkin ada kebenarannya, namun semuanya bergantung pada warna rambut anda. Seperti rambut warna perang atau coklat terang, rambut yang diusap dengan air perahan limau nampak lebih berkilat jika terkena cahaya matahari. Namun begitu bagi rambut bewarna gelap, termasuk hitam, merah tua atau coklat tua, kilat rambut tidak berkilau.