Thursday, December 22

Resdung : Rawat dan Cegah

Okey kiter sambung topik Kenali Resdung Dan Puncanya. Hari ni kiter criter cara2 nak merawat dan mencegah. Kalo nak ikut pengalaman masa keje salon dulu, rawatan resdung ni bermula dgn cuci muka, pastu asapkan muka dgn kain lilin resdung (Kaedah ini dapat menyembuhkan sepenuhnya masalah gatal2 muka pada kulit. Caranya, bakar kain lilin resdung dan halakan muncung asap tu kat hidung, pipi, dagu, dahi dan bawah mata) pastu cuci muka lagi, scrub, mask, lap muka ngan toner pastu letak krim resdung. Lepas selesai rawatan, sesi mengeluarkan lagi duit customer iaitu promote ubat resdung, set pencuci muka utk resdung n booking utk next session. Bukan bodek kosong, tp utk kesihatan customer jugak. So kpd sesape yg takut ngan rawatan kat salon, lehla cuba bile2 nanti. Rawatan resdung ni x sakit, yg x bestnye time perasap muka tu je, susah skit nak bnafas sbb ade asap kat muka. Tp lepas buat rawatan, muka akan rasa segar n x gatal lg. Jgn tya saya katne salon sy keje tu sbb salon tu dah tutup :p
Sila pegi salon yg berdekatan ngan rumah sbb senang nak pegi utk rawatan susulan. Sy penah cuba rawatan ni, dulu xde resdung. Bos ckp maybe sbb slalu dok rawat org resdung then hama tu buat sy leh jangkit atauuuu maybe sy lupe nak pakai penutup hidung time buat rawatan atauuu; maybe sbb time buat rawatan tu sy gi garu muka sendiri tanpa basuh tgn, atauuuu maybe sbb sy ade resdung gak cuma x tau je time tu. Bile dah try, br tau napelaa masa buat rawatan perasap muka ngan kain lilin tu customer asyik suruh stop je :D Lepas buat rawatan mmg rasa segar n tak gatal2 hidung time makan ayam lagi. Ubat resdung plak mmg bagus utk hapuskan kuman2 resdung tu. Smpai skang dah xde resdung lagi.

Kalo xnak buat rawatan kat salon, boleh cuba petua kat bawah ni. Org dulu2 pun x pegi salon utk rawat resdung, jom try:
  • Amalkan mencium bunga daun bawang merah.
  • Wapkan muka dengan air rebusan jintan hitam.
  • Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka. Amalkan selalu.
Tapi, Sebaik-baiknya anda perlulah mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu dan anda juga boleh lihat disini: http://rawatan-resdung.com/

Buat rawatan sendiri kat rumah dgn rokok resdung ni pun bagus, tapi pastikan kiter tau cara nak pakainya. Kena baca instruction nak pakai kain lilin resdung (rokok resdung) tu betul2, jgn bakar banyak sgt smpai tak terkawal api kat kain lilin tu. Kalau nak tanya pendapat saya, kain lilin resdung (rokok resdung) adalah penyelesaian yang pantas dan terbaik.



Petua Untuk Mencegah Resdung: 

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
  
2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. 

3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
  
4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. 
  
5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
  
6. Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu. 

#Sorry, tak banyak petua traditional. Ade jugak yg buat rawatan bekam dan lintah utk rawat resdung, tp sy x berani nak komen kat blog ni sbb tak penah try :) Sekian, Terima Kasih.

No comments: