Sunday, December 18

Kenali Resdung Dan Puncanya

Statistik blog IzraCyber naik 2x ganda dr hari biasa lps  publish 11 Tips n Tricks Utk Lelaki. Kpd sesape yg belum baca, leh baca post tu okey. Kat situ, salah 1 dr blog readers (Anonymous) ade tanya psl resdung. So kat sini ade skit criter psl resdung. Resdung ni bahaya n x selesa sebenarnye. Malam ni kiter buat introduction dulu, nak criter psl rawatan tu takut panjang sgt kat entry ni. Lgpun tgh dok ingat balik pengalaman rawat pesakit resdung masa keje kat salon dulu.

 

Apa Sebenarnyer Resdung Ni?
Menurut wikipedia, Resdung (Sinusitis) merupakan keradangan sinus paranasal , yang mungkin disebabkan oleh jangkitan , alahan , atau autoimun isu-isu. Kebanyakan kes adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Kira-kira 90% orang dewasa mempunyai sinusitis pada ketika tertentu dalam kehidupan mereka. Resdung ni ramai org ade, bezanye samada teruk ngan tak jer..
 
Punca Resdung
  • Alahan.  Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  • Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  • Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
  • Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.
 
Sakit Ke Resdung (Sinusitis) Ni?
  • Boleh menyebabkan rasa sakit atau tekanan di bahagian atas rahang (pipi) Contohnya sakit gigi, sakit kepala
  • Boleh menyebabkan rasa sakit atau tekanan di dalam rongga sinus frontal (terletak di atas mata), contohnya sakit kepala.
  • Boleh menyebabkan rasa sakit atau sakit tekanan antara / di belakang mata dan sakit kepala
  • Boleh menyebabkan rasa sakit atau tekanan di belakang mata, tetapi selalunya merujuk kepada mercu, atas atau di kepala.

Jelas menunjukkan bahawa ia sering berlaku sebagai sebahagian daripada spektrum penyakit yang menjejaskan saluran pernafasan (iaitu teori "satu saluran udara") dan sering dikaitkan untuk asma. Semua bentuk resdung boleh sama ada menyebabkan, atau menjadi sebahagian daripada keradangan saluran udara.

Tanda-Tanda Menghidap Resdung
  • Hidung selalu tersumbat
  • Lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

4 comments:

leyrashid said...

TQ for the info.

-izracyber- said...

ur welcome :) nti sy update petua utk merawat resdung plak.

Anonymous said...

Thanks zura

-izracyber- said...

Ur welcome Anonymous :)