Wednesday, September 6

7 Perkara Tentang Cantik...

Lakukan secara teratur dan penuh disiplin jika kamu ingin nampak cantik dan menarik. 


1.Bersihkan mekap di wajah sebelum tidur. Sisa mekap yang masih bersisa di wajah akan mengundang masalah pada kulit. Oleh itu gunakanlah pembersih yang sesuai dengan kulit ketika saat membersihkannya. Bagi kamu yang mempunyai kulit yang berjerawat, gunakan air suam untuk membersihkannya. Ia bertujuan agar cairan pembersih mudah meresap ke dalam kulit.

2. Jangan ganggu jerawat. Jangan sesekali memicit jerawat yang terdapat di wajah.Jika ianya berlaku, kulit kamu akan terluka dan akan meninggalkan kesan parut pada kulit kamu. Sebagai penyelesaian, samarkan jerawat kamu dengan concealer ketika merias wajah.

3. Gunakan alas bedak. Di pasaran kini, terdapat pelbagai jenis bedak asas dalam pelbagai pilihan mengikut jenis dan warna kulit. Oleh demikian, jangan lupa menggunakan bedak asas di saat merias dan jangan lupa memilih bedak yang sesuai dengan kulit kamu.

4. Sapuan pemerah pipi. Ia akan membuatkan riasan wajah bertambah cantik dan berseri.

5. Rapikan riasan. Pentingnya kebersihan dalam kecantikan. Riasan yang rapi akan menjadikan mekap di wajah tampak kemas dan cantik.

6. Jangan tebal. Hindari pemakaian bedak asas yang terlalu tebal hinggakan kulit wajah nampak lebih gelap dari kulit leher.

7.Jangan 'botak'kan kening. Kening yang terlalu nipis akan membuatkan wajah nampak lebih tua. Malah, setiap wanita lahir dengan bentuk kening yang sudah sempurna. Jadi, apa yang perlu kamu lakukan adalah merapikan sahaja bulu kening agar tak nampak berterabur dan kusut.

2 comments:

Acaii Jawe said...

wak, sypun kena wat camni jugak ker? hehehe...nnti kalau mak nampak mesti mak ingat anak laki dia dah buang tebiat..hehee

-izracyber- said...

isk..isk..org lelaki skang pun dah mula gi salon,gi spa.Rambut pun dah pandai berfesyen-fesyen. Terpacak² rambut.Mcm pakai simen..Aper buang tebiatnyerkk. artis² lelaki skang siap pakai gincu lagik kalo masuk tv..