Saturday, September 2

Facial Di Rumah atau Salon?

Tanya pada diri sendiri. Apakah kita benar-benar memerlukan khidmat di salon? 

Mampukan kita menghapuskan jeragat dgn mengwap muka? 

Tahukah kita bahawa air wap yg terlalu panas boleh memudaratkan saluran darah di bahagian hidung dan pipi? 

Sedarkah kita mencungkil jeragat dan memicit jerawat juga boleh meninggalkan parut?

Apa yg dilakukan di salun kecantikan biasanya menggunakan wap yg diozonkan utk membuka liang pori; diikuti dgn pembersihan mendalam yang mampu mengeluarkan jeragat dan kotoran. Suhu wap dikawal menggunakan meter, mengikut keperluan serta ketahanan kulit. Selepas itu muka jeragat dibersihkan diikuti penjagaan seterusnya mengikut jenis kulit spt penyegar(toner), bahan rawatan mengikut jenis kulit atau keperluan (Vitamin C, brightening serum, face lifting, collagen), pupur(masker), urutan (Face massage) dan pelembap (Moisturizer). Ini untuk advance facial. For normal/fast facial, kebiasaannya muka akan dicuci dengan menggunakan pembersih muka (berdasarkan keadaan kulit), face scrub, kemudian muka akan diwapkan untuk membuka liang pori, kerja2 membuang jerawat,whitehead dan blackhead, pupur (mask), penyegar (toner) dan pelembap (moisturizer). 

Sebenarnya.......

Masalah jeragat dan jerawat memerlukan khidmat pakar. 

Masalah lain seperti kulit kering, berminyak, kombinasi dan kulit normal, boleh kita manfaatkan sendiri rawatan di rumah.

Apa yg perlu dilakukan ialah ketahui jenis kulit kita. Ini boleh dilakukan dgn mendapat khidmat juru kecantikan untuk mengenal pasti masalah kulit kita. Kemudian beli set bahan penjagaan yg lengkap termasuk pembersih(cleanser), penyegar(toner), pupur(Face mask), penyental(Facial scrub), pelembap(Moisturizer) dan krim khas utk rawatan masalah (mengikut jenis kulit). Apa yang penting, kita mesti disiplin dalam penjagaan. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Tapi...

Bagi saya, seeloknya pergi ke salon sekurang-kurangnya sebulan sekali. Beza..memang akan nampak bezanya. Terutama sekali pada bentuk muka kita. Mungkin sebab face massage atau penggunaan mesin2 di salon tu. Muka akan nampak runcing/bujur sirih kalo selalu buat face massage. 

No comments: