Wednesday, July 9

Tip menjaga kecantikan rambut

1. DIET, DIET & DIET.........Bukan kurangkan makan, tetapi jaga pemakanan. Pilih makanan yg berkhasiat saja spt sayur-sayuran, buah-buahan serta kurang berlemak, manis atau terlalu pedas.

2. Rambut juga spt kulit, perlu pelembap agar lebih mudah diurus. Oleh itu rajin2lah minum air kosong, bukan teh, kopi atau minuman alcohol. Makanan atau buah-buahan bercecair juga elok utk mengekalkan lembapan & pakai perapi agar rambut kekal bersinar.

3. Ketegangan atau tekanan adalah antara punca rambut bermasalah. Atasinya dgn banyak bersenam.

4. Jika rambut kering, rawat dgn minyak hangat (hot oil). Cuba minyak bijan & sapu pada seluruh kulit kepala & rambut. Kemudian bungkus dgn serkup mandi atau kertas aluminium & balut dgn tuala hangat.

5. Jika tak sempat mencuci rambut, hilangkan baunya dgn mencelup sikat ke dalam air yg dicampur wangian lavender. Kemudian sikat rambut.

6. Sesekali rawat sendiri rambut kita dgn bahan daripada dapur. Campurkan daun parsli dgn minyak bunga matahari & sapu pada seluruh kulit kepala. Ia berupaya mengurangkan masalah rambut kering & bermasalah.

7. Jangan sesekali menyikat rambut ketika rambut masih basah kerana serat rambut mudah gugur atau putus. Sisir dgn jari atau sikat yg bermata jarang.

8. Jgn gunakan syampu terlampau tajam kerana ia hanya menyebabkan rambut kusam & tidak bermaya. Kadang2 ia menyebabkan kutikel tertanggal, membuatkan rambut bercabang.

9. Pilih syampu yg lebih seimbang atau kurang beralkali kerana ia menyebabkan rambut kering & tidak menarik.

10. Jika tinggal di bandar dan rambut selalu terdedah kpd habuk, basuh rambut setiap hari.

11. Jgn sesekali menggaru kulit kepala dgn kasar ketika mencuci rambut kerana ia bukan saja menyakitkan tetapi rambut mudah rosak. Anggaplah rambut kita spt bayi yg perlu dibelai & dimanjakan setiap masa. Basuh dgn lembut & berhati2.

12. Jgn lupa pakai perapi agar rambut lebih mudah diurus serta tidak mudah kusut. Ia juga membuatkan rambut lebih bersinar & nampak sihat.

13. Pilih perapi yg sesuai dgn rambut & jgn sesekali terpikat dgn perapi berpewangi. Pilihan yg salah hanya menyebabkan rambut tidak berseri.

14. Jgn lupa keringkan semua lebihan air bilasan pada rambut sebelum memakai perapi.

15. PENTING! Jgn sapu perapi pada kulit kepala kerana ia menyebabkan rambut berminyak. Sebaik2nya sapu perapi hanya pada pertengahan rambut hingga ke hujungnya saja.

16. Pastikan perapi disapu rata. Sebaik2nya gunakan sikat ala jari bermata kasar & jarang.

17. Cara mengering rambut yg betul adalah rahsia rambut berseri & bersinar. Pastikan kita tidak melenyapkan lembapan rambut ketika mengeringkannya.

18. Pastikan kita tahu cara 'sihat' menggunakan pengering rambut agar hasilnya memuaskan. Langkah paling penting ialah memulakan pengeringan dari bahagian bawah sekali & terus ke atas.

19. Mulakan proses mongering rambut dgn kepanasan sederhana & semakin berkurangan apabila semua lembapan hampir kering.

20. Menggunakan tahap kepanasan yg terlalu tinggi ketika rambut hampir kering hanya akan merosakkan rambut.

21. Jgn terlalu kerap menggunakan alat dandanan panas. Sebaik2nya minta pendandan memilih fesyen rambut yg paling sesuai utk kita bagi mengurangkan penggunaan alat dandanan sampingan.

22. Sekiranya gemar berjemur atau berenang, jgn lupa pakai krim bagi melindungi rambut dpd matahari & klorin.

23. Jika rambut kita kering, elakkan mencuci lebih dpd sekali sehari. Jgn lupa perapi & gunakan syampu lembut yg kaya kolagen, protin & lipid agar rambut lebih mudah diurus.

Selamat Mencuba :)

No comments: