MATA SEPET -_-
1 - Anda disarankan untuk menggunakan scotch tape. Taknak guna pun takpe.
2 - Kalau nak buat smoked eyes, gunakan eyeshadow yg berwarna agak gelap seperti coklat tua, biru tua, ungu tua, hjau tua atau kelabu gelap.
3 - Kalau nak pakai bulu mata palsu, elakkan dari memakai yang terlalu besar dan tebal sebab nanti nampak fake sangat.
4 - Guna maskara agak tebal utk memberi kesan mata yg bulat.
MATA BESAR O_O
1 - Anda boleh melukis garis memanjang dengan menggunakan eyeliner sampai melewati sudut bulu mata.
2 - Elak menggunakan eyeshadow berwarna gelap, sebaliknya gunakan eyeshadow berwarna silver atau warna terang.
MATA BERKANTUNG u_u
Mata berkantung ialah mata yang terlihat sembab, bengkak atau berkantung pada bahagian bawah kerana kurang tidur atau terlalu letih.
1 - Guna concealer utk menutup kantung mata selepas mengguna alas bedak. Perlu diingat jgn menggunakan concealer terlalu tebal utk menutup kantung mata kerana akan menimbulkan tompokan kerutan. Pilih concealer yg warnanya mendekati warna alas bedak supaya nampak natural.
2 - Gunakan bedak tabur utk meratakan warna pada sekitar bawah mata anda.
3 - Pilih eyeliner dgn warna yg tak terlalu gelap supaya kawasan mata tak nampak semakin gelap. Cadangan warna : Coklat tua.
MATA BERJAUHAN 0__0
Mata yg berjauhan dpt diperbaiki dgn menggunakn teknik berikut dgn membuat shading yg memberi kesan utk mendekatkan mata.
1 - Panjangkan pangkal alis sehingga mata terlihat lebih dekat.
2 - Elak menggunakan eyeshadow dgn warna terang pada sudut mata bahagian dalam.
BENTUK MATA BERBEZA 0_o
Bentuk antara mata kanan dan mata kiri umumnya memang tidak sama, tetapi bila perbezaan terlihat cukup jelas, ia akan mengganggu penampilan anda.
Utk mengimbangkan bentuk mata ini lakukan teknik di bawah :
1 - Pakai bulu mata palsu. Gunakan bulu mata yg sesuai dgn bentuk mata. Utk mata satu lg, pasang bulu mata pada bahagian sudut luar mata pada posisi lebih tinggi. Practice make perfect.
2 - Buat garis sudut luar mata dgn menggunakan eyeliner lebih tebal.
3 - Sapukan maskara agak tebal pd sudut luar mata yg ingin diubah.
MATA TURUN v_v
Mata turun ialah pengaruh usia atau faktor genetik, mata seseorang akan kelihatan turun sehingga terlihat kurang mempesona. Utk mengatasi masalah ini, anda boleh melakukan perkara berikut :
1 - Gunakan scotch tape pada kelopak mata.
2 - Pilih eyeliner warna hitam dan pakai lebih tebal pada sudut luar mata bahagian atas mahu pun bawah.
3 - Sapukan eyeshadow warna gelap agar mata terlihat besar. Guna eyeshadow dgn cara ditarik mulai dari 1/3 sudut luar kelopak ke arah atas hingga membentuk sudut 90 darjah.
KULIT WAJAH LEBIH GEBU
Sehiris kunyit, asam jawa sebesar ibu jari dan sedikit gula merah. Masukkan ke dalam gelas berisi air panas, kacau dan biarkan suam lalu diminum. Amalkan setiap pagi untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih gebu dan awet muda.
Bahan untuk buat masker di rumah:
KULIT KERING - 1 sudu yogurt + 1 sudu kuning telur atau pisang lenyek + 1 sudu madu.
KULIT NORMAL - 1 sudu yogurt + lidah buaya dihancurkan + tepung beras + air mineral.
KULIT SENSITIF - 1 sudu yogurt + 1 sudu lidah buaya dihancurkan + 1 sudu tepung beras.
Bekas Jerawat??? UBI KAYU DAPAT MENGATASI BEKAS JERAWAT
Risau dgn jerawat yg berbekas? Atasinya dengan mengambil sepotong ubi kayu yg sudah dibuang kulitnya. Parut ubi kayu dan perah untuk mendapatkan airnya. Sapukan air perahan pada wajah dan biarkan selama 10 minit sebelum dibilas. Lakukan selama seminggu.
Bosan dgn rambut yg sama? Anda menginginkan rambut yg sedia lurus digulung agar lebih beralun? Ramai yg anggap utk menguruskan gaya rambut sebegini bukanlah sesuatu yg
mudah tapi kalau seseorang tu faham dan tau cara2 nak menguruskan dgn betul, pastinya ia kelihatan cantik n sihat sentiasa.
Salah satu daripada alat menggulung rambut adalah:
CURLING IRON. Alat ini sesuai utk mereka yg nak menghasilkan gaya rambut 'berombak' atau pun beralun di seluruh kepala.
HOT ROLLERS. Menghasilkan gaya rambut menggulung pada seluruh rambut pada satu masa yg sama.
Setiap alatan menggulung rambut ini mempunyai kelebihan n kekurangannya. Berikut adalah antara pro dan kontra daripada penggunaan CURLING IRON dgn HOT ROLLERS:
VS
1- Kedua-dua produk ini perlu dibiarkan panas terlebih dahulu sebelum digunakan. Bagaimanapun, hot rollers memerlukan masa yg lebih untuk panas.
2- Hot Rollers sangat berkesan untuk menggulung seluruh rambut, tetapi ia tak sesuai untuk menggulung hujung rambut sahaja. Gunakan curling iron jika mahu menggulung hujung rambut sahaja.
3- Kalau anda memilih untuk menggunakan curling iron, anda boleh memilih sama ada nak gulungan kasar atau lebih kecil. Bagi penggunaan hot rollers pula, anda mesti memberus rambut yg sudah siap digulung untuk menghasilkan gaya yang diingini.
4- Memandangkan curling iron lebih ringkas bentuknya, jadi ia lebih mudah dibawa ke mana-mana berbanding peralatan menggulung rambut yang lain.
5- Gunakan hot rollers jika anda tidak mempunyai masa yang lama untuk mendandan rambut kerana anda boleh menggulung seluruh rambut pada satu masa yg sama.
-Xiera n Tace-
Hello February, hari ni kita cerita pasal rambut. Nak rambut yg cantik dan sihat ala2 Neelofa, Nora Danish, Maya Karin atau June Aziz?? Mari baca tips kat bawah ni.
Untuk mendapatkan rambut yang sering diimpikan terutama sekali dikalangan wanita, perkara utama yang harus dielakkan adalah keguguran rambut. Cara untuk mengelakkannya adalah :
1 - Memastikan rambut sentiasa disikat secara betul dan lembut kerana ia membantu memecahkan lebihan minyak yg tersumbat di liang akar rambut.
2 - Elakkan daripada membiarkn rambut terdedah dengan angin, sinar matahari dan bahang seperti dari alat pengering rambut, siraman air panas ketika mandi dan alat pelurus rambut.
3 - Memakai topi atau skarf yg ketat jugak menjadi salah satu punca keguguran rambut kerana menyebabkan aliran darah di kulit kepala kurang lancar. Ia juga menyebabkan penghasilan peluh dan sekaligus kotoran daki. Jadi lebih baik longgarkan sedikit aksesori di bahagian kepala agar aliran udara lancar.
4 - Pastikan rambut tidak didandan ketika rambut sangat kering kerana ia akan memberi kesan elastik pada pangkal rambut dan akibatnya rambut akan mudah putus.
5 - Rehatkan kulit kepala daripada terlalu kerap dicuci supaya kutikel rambut tidak kusam akibat kulit kepala yang kering.
6 - Bagi rambut yang bercabang, anda disarankan supaya memotong dihujung rambut agar belahan tidak sampai ke pangkal dan menyebabkan rambut jadi halus dan mudah putus. Bawang merah dan madu merupakan salah satu bahan yang boleh dijadikan scrub dibahagian rambut yang mulai menjadi botak akibat dari keguguran rambut yang terlampau.
7 - Rambut beruban??? Tipsnya ialah dgn mengambil kulit durian dan bersihkannya. Kering dan kemudian bakar hingga menjadi abu. Masukkan ke dalam air dan biarkan mendap. Kemudian, cuci rambut anda dengan air mendapan kulit durian sekali sehari. Insya-Allah, rambut anda tidak akan beruban.
-Xiera n Tace-