Tuesday, November 29

Kepentingan Pelembap Muka dan Krim Malam

Dah cuci muka, dah pakai toner, jangan luper pakai pelembap muka atau krim malam pulak. 

Pelembap muka ni dirumus khas untuk melembut dan melicinkan kulit. Kalo kulit muka kering, kena kerap skit pakai pelembap muka ni sbb krim ni membentuk lapisan pd permukaan kulit untuk mencegah kehilangan lembapan kulit. Semua jenis kulit memerlukan pelembap. Lg untung zaman skang ni boleh dikatakan hampir semua pelembap mengandungi bahan2 untuk merawat kulit. Antaranya penapis UV untuk melindungi kulit anda setiap masa drpd kesan penuaan dan sinaran matahari. Ade sesetengah pelembap tu mengandungi vitamin c untuk mencerahkan kulit, collagen untuk menganjalkan kulit dan ade juga bahan untuk menghilangkan kulit kusam dan jeragat.
Krim Malam ni teksturnya lg pekat berbanding dgn pelembap muka. Direka khas untuk untuk memberikan lembapan tambahan kpd kulit smbil membelai dan memanjakan kulit ketika anda tidur..




Monday, November 28

Faedah Penyegar Muka (Toner)

Penyegar muka direka untuk menyegar dan menyejukkan kulit. Ia mudah tersejat selepas dioles pd wajah dengan menggunakan kapas pembersih. Perlu ke kita pakai penyegar muka ni? Jawapannyer, Ya. Sbb kalo x pakai nanti muka senang nmpak kusam dan pucat. Antara faedahnya yg lain ialah, penyegar muka mampu menanggalkan lebihan minyak di permukaan kulit. Jd kpd sesiapa yg selalu ada jerawat kat hidung atau masalah pori2 terbuka, anda dinasihatkan untuk menggunakan penyegar muka bagi menghalang pertumbuhan jerawat, bintik2 hitam(black head) dan bintik2 putih (white head). Bagi kulit kering dan sensitif, elakkan produk ini kerana ia dpt mengeringkan lagi kulit muka. Perkataan astrigen pd botol bermaksud, ia mengandungi lebih kandungan alkohol, jd ia sangat sesuai kpd sesiapa yang mempunyai masalah kulit berminyak.
Perkataan tonik dan penyegar membawa maksud ia sesuai untuk kulit normal dan kombinasi kerana strukturnya yg lebih lembut berbanding dgn astrigen.
Sesetengah yg ade masalah kulit muka sensitif ni kadang takut nak beli toner. Takut muka pedih2. Harap info yg dah bagi td dpt membantu dlm memilih produk. 

*Penyegar muka buatan sendiri:
Air mawar boleh dijadikan sebagai penyegar muka utk kulit muka sensitif. Contoh: Air mawar mustika ratu. Atau kalo ade tanam bunga mawar, ambik sekuntum bunga mawar pastu ramas sikit2 bunga tu kat air yg bersih. Lagi elok air yg dah ditapis klorinnyer..Pastu bolehla segarkan muka ngan air mawar..*pasni confirm pokok bunga mawar laku kat kedai :) Kaum lelaki yg rajin bagi bunga tu, kasila banyak skit bunga mawar..leh dimanfaatkan sbg tonerrr...

Alternatif Lain Selain Drpd Menggunakan Pencuci Muka.

Pencuci Muka Dah Habis!!
Tertinggal Pencuci Muka!!


Ape yang boleh kiter buat selain drpd keluar rumah n beli pencuci muka baru?
Pegi dapur, ambik tepung gandum n jdkan tepung tu sebagai agen pembersih muka. Boleh jugak kalo nak bersihkan muka dgn susu suam atau lemon. Tp rasanye kaedah tepung gandum ni yg paling senang n confirm ade kat dapur. Kalau terlebih rajin, boleh campurkan tepung gandum ni ngan madu, lemon atau susu segar untuk hasil yang lebih baik.

Selamat Mencuba!
Cuci muka je..jangan smpai mandi tepung mcm kat gambar atas ni :)

Perbezaan Antara Pembersih Muka, Sabun Pembersih dan Susu Pembersih

Pembersih Muka, Sabun Pembersih dan Susu Pembersih. Ketiga-tiganya mempunyai nama yang hampir sama iaitu "pembersih". Ade beza ke ketiga-tiga agen pembersih ni? Jawapannye, Ada.



Pembersih Muka
Terdapat dlm bentuk spt gel dan krim. Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit dan mudah utk menanggalkan kotoran ringan dgn cepat. TAPI, produk ni xleh nak tanggalkan kesan solekan yang tebal. Kalo sesape yang rajin tepek makeup tebal2, pakai waterproof makeup n bb cream tu, sila buat double cleans. Atau pakai susu pembersih pastu baru pakai pembersih muka..

Sabun Pembersih
Sangat sesuai untuk sesiapa yang ade masalah kulit berminyak sbb dia leh bersihkan pori-pori dan mencegah jerawat. Walaupun sabun pembersih ni boleh membersihkan muka tanpa menghilangkan kelembapan TAPI ia boleh mengeringkan kulit muka. Jd kpd sesape yg kulit muka normal, jgn rosakkan muka dgn pakai sabun pembersih ni.


Krim/Susu Pembersih
Sesuai utk membersihkan kulit muka yg kering. Mengandungi minyak utk menanggalkan kotoran dan solekan pd wajah hanya dengan menggunakan kapas pembersih. Kalo nak nampakkan wajah yg lg segar, gunakan kapas yg lembap. Sesape yg kulit kering tu, silalah guna susu pembersih. Jgn pakai sabun pembersih. Kalo dah terbeli sabun pembersih atau pembersih muka, pakai dgn amaun yg sikit supaya muka tak terlebih kering :)