Thursday, December 22

Resdung : Rawat dan Cegah

Okey kiter sambung topik Kenali Resdung Dan Puncanya. Hari ni kiter criter cara2 nak merawat dan mencegah. Kalo nak ikut pengalaman masa keje salon dulu, rawatan resdung ni bermula dgn cuci muka, pastu asapkan muka dgn kain lilin resdung (Kaedah ini dapat menyembuhkan sepenuhnya masalah gatal2 muka pada kulit. Caranya, bakar kain lilin resdung dan halakan muncung asap tu kat hidung, pipi, dagu, dahi dan bawah mata) pastu cuci muka lagi, scrub, mask, lap muka ngan toner pastu letak krim resdung. Lepas selesai rawatan, sesi mengeluarkan lagi duit customer iaitu promote ubat resdung, set pencuci muka utk resdung n booking utk next session. Bukan bodek kosong, tp utk kesihatan customer jugak. So kpd sesape yg takut ngan rawatan kat salon, lehla cuba bile2 nanti. Rawatan resdung ni x sakit, yg x bestnye time perasap muka tu je, susah skit nak bnafas sbb ade asap kat muka. Tp lepas buat rawatan, muka akan rasa segar n x gatal lg. Jgn tya saya katne salon sy keje tu sbb salon tu dah tutup :p
Sila pegi salon yg berdekatan ngan rumah sbb senang nak pegi utk rawatan susulan. Sy penah cuba rawatan ni, dulu xde resdung. Bos ckp maybe sbb slalu dok rawat org resdung then hama tu buat sy leh jangkit atauuuu maybe sy lupe nak pakai penutup hidung time buat rawatan atauuu; maybe sbb time buat rawatan tu sy gi garu muka sendiri tanpa basuh tgn, atauuuu maybe sbb sy ade resdung gak cuma x tau je time tu. Bile dah try, br tau napelaa masa buat rawatan perasap muka ngan kain lilin tu customer asyik suruh stop je :D Lepas buat rawatan mmg rasa segar n tak gatal2 hidung time makan ayam lagi. Ubat resdung plak mmg bagus utk hapuskan kuman2 resdung tu. Smpai skang dah xde resdung lagi.

Kalo xnak buat rawatan kat salon, boleh cuba petua kat bawah ni. Org dulu2 pun x pegi salon utk rawat resdung, jom try:
  • Amalkan mencium bunga daun bawang merah.
  • Wapkan muka dengan air rebusan jintan hitam.
  • Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka. Amalkan selalu.
Tapi, Sebaik-baiknya anda perlulah mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu dan anda juga boleh lihat disini: http://rawatan-resdung.com/

Buat rawatan sendiri kat rumah dgn rokok resdung ni pun bagus, tapi pastikan kiter tau cara nak pakainya. Kena baca instruction nak pakai kain lilin resdung (rokok resdung) tu betul2, jgn bakar banyak sgt smpai tak terkawal api kat kain lilin tu. Kalau nak tanya pendapat saya, kain lilin resdung (rokok resdung) adalah penyelesaian yang pantas dan terbaik.



Petua Untuk Mencegah Resdung: 

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
  
2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. 

3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
  
4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. 
  
5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
  
6. Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu. 

#Sorry, tak banyak petua traditional. Ade jugak yg buat rawatan bekam dan lintah utk rawat resdung, tp sy x berani nak komen kat blog ni sbb tak penah try :) Sekian, Terima Kasih.

Sunday, December 18

Kenali Resdung Dan Puncanya

Statistik blog IzraCyber naik 2x ganda dr hari biasa lps  publish 11 Tips n Tricks Utk Lelaki. Kpd sesape yg belum baca, leh baca post tu okey. Kat situ, salah 1 dr blog readers (Anonymous) ade tanya psl resdung. So kat sini ade skit criter psl resdung. Resdung ni bahaya n x selesa sebenarnye. Malam ni kiter buat introduction dulu, nak criter psl rawatan tu takut panjang sgt kat entry ni. Lgpun tgh dok ingat balik pengalaman rawat pesakit resdung masa keje kat salon dulu.

 

Apa Sebenarnyer Resdung Ni?
Menurut wikipedia, Resdung (Sinusitis) merupakan keradangan sinus paranasal , yang mungkin disebabkan oleh jangkitan , alahan , atau autoimun isu-isu. Kebanyakan kes adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Kira-kira 90% orang dewasa mempunyai sinusitis pada ketika tertentu dalam kehidupan mereka. Resdung ni ramai org ade, bezanye samada teruk ngan tak jer..
 
Punca Resdung
  • Alahan.  Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  • Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  • Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
  • Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.
 
Sakit Ke Resdung (Sinusitis) Ni?
  • Boleh menyebabkan rasa sakit atau tekanan di bahagian atas rahang (pipi) Contohnya sakit gigi, sakit kepala
  • Boleh menyebabkan rasa sakit atau tekanan di dalam rongga sinus frontal (terletak di atas mata), contohnya sakit kepala.
  • Boleh menyebabkan rasa sakit atau sakit tekanan antara / di belakang mata dan sakit kepala
  • Boleh menyebabkan rasa sakit atau tekanan di belakang mata, tetapi selalunya merujuk kepada mercu, atas atau di kepala.

Jelas menunjukkan bahawa ia sering berlaku sebagai sebahagian daripada spektrum penyakit yang menjejaskan saluran pernafasan (iaitu teori "satu saluran udara") dan sering dikaitkan untuk asma. Semua bentuk resdung boleh sama ada menyebabkan, atau menjadi sebahagian daripada keradangan saluran udara.

Tanda-Tanda Menghidap Resdung
  • Hidung selalu tersumbat
  • Lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

Saturday, December 17

Cara Nak Hilangkan Jerawat Pasir

Jerawat pasir ni sama mcm jerawat gak, cuma x nmpak teruk sgt mcm jerawat batu yg besar2 n merah. Kalau tgk muka dr jauh nmpak cantik halus je muka, tp biler dah smpai dekat br nmpak muka kasar2 ngan jerawat pasir nih. Camne nak hilangkan jerawat pasir ni? Hari ni nak share 3 petua utk hilangkan jerawat pasir :)

BERAS + DAUN GELENGGANG + KUNYIT HIDUP
Rendam segenggam beras semalaman. Toskan n tumbuk bersama beberapa helai *daun gelenggang serta sedikit kunyit hidup. Sapu kat muka n biarkan selama 45 minit. Lepas 45 minit, bilas muka dgn air suam. Amalkan selalu utk hilangkan jerawat pasir ni. *daun gelenggang mmg terkenal sbg salah satu bahan utk merawat penyakit2 kulit seperti ruam, jerawat, panau, kurap dan gatal2..



BEDAK SEJUK + GARAM  + AIR
Ambil beberapa biji bedak sejuk. Campurkan dengan sedikit garam dan air. Selawat 3 kali dan sapukan ke muka anda terutama tempat yang ditumbuhi jerawat. Amalkan ia setiap malam sebelum tidur.

 




KUNYIT HIDUP + BERAS + PUTIH TELUR
Tumbuk kunyit hidup bersama beras sehinga lumat. Campurkannya dengan putih telur dan gaulkan sebati. Sapukan pada muka anda dan biarkan ia kering. Bilas muka dengan air suam. Lakukannya berulang kali.

Wednesday, December 14

Petua Untuk Menghilangkan Parut

Dah puas cuba mcm2 produk utk hilangkan parut? Kalo dah hampir give up dgn produk2 ni, jom cuba petua cara traditional plak. 


KULIT KAYU MANIS + BEDAK SEJUK
Ni petua yg paling glamour dan mudah. Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai utk menghilangkan bintik2 hitam & jerawat.

ASAM JAWA
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur


BIJI ASAM JAWA


Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu  atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.







KULIT PISANG
Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.







BERAS + KUNYIT HIDUP + BAWANG PUTIH
Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan parut akan hilang sikit demi sikit.

IBU KUNYIT
Tumbuh sedikit ibu kunyit dan gosokkan dikawasan yg berparut. Sgt sesuai utk parut2 yg baru. Parut lama kena kerja keras skit.








BEDAK SEJUK + CEKUR
Campurkan segenggam bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan cekur yang telah ditumbuk halus. Pakai bedak sejuk ini sebelum masuk tidur. Lakukan sehingga kesan parut itu hilang.

Tips Rambut Untuk Lelaki

Hari tu dah share 11 Tips n Tricks Utk Lelaki. Kat situ criter psl muka je. Hr ni kiter beralih ke topik rambut plak. 


Gunting n Styling


- Lelaki perlu gunting rambut mereka lebih kerap berbanding wanita, kira-kira setiap 4 minggu. Sbb rambut lelaki perlu selalu kemas dan rapi, biler dah panjang skit nti dia jd makin tebal, bengkok2, sepah atau x kemas (bergantung kpd keadaan rambut)

- Jangan asyik buat style rambut yg sama je. Kadang2 kiter perlu ubah gaya rambut utk menaikkan mood dan semangat. New year nak dekat ni, cuba buat gaya baru. Kalau xtau nak buat gaya ape, bgtau stylist kat salon tu. Ckp nak ubah gaya rambut, nti pandailer diorg nak suggest.

- Cuba salun yang berbeza biler dah bersedia untuk buat perubahan gaya rambut. Kedua-dua stylists lelaki dan perempuan boleh bagi korang beberapa idea untuk warna kulit, potongan dan gaya rambut.


- Kalau rambut nipis n x sama banyak. Teruskan dgn gaya potongan pendek atau menimbangkan utk mencukur semua rambut (botak)


- Utk yg rambut kerinting plak, pakai mousse, gel atau produk styling utk menggayakan/merapikan rambut. Boleh cuba buat rebonding atau braiding mcm kat gmbar bawah ni :)


Tips mewarna rambut Lelaki


- Mewarnakan rambut dpt memberikan rambut nmpak bersinar dan berubah style secara drastik. Kalau sayang dgn potongan rambut skang, bolehla consider utk tukar warna rambut. For first timer, jgn pilih warna yg terlampau pekat. Seeloknya pilih warna2 gelap n natural look skit (contoh; brown, light brown, coffee, mocha) 


- Antara warna lain yg sesuai dgn rambut lelaki adalah blue black, grey, red. (Gatsby mempunyai pelbagai pilihan warna rambut utk lelaki)


- Kalau warnakan rambut kat rumah, sentiasa lakukan ujian warna, bukan hanya untuk reaksi alergi, tetapi untuk lihat kesan kepekatan warna n pastikan rambut tak rosak. *ade sesetengah rambut cpt bertindak balas ngan pewarna. Ade jugak yg susah nak bertindak balas dgn chemical. Ni boleh akibatkan rambut jd rosak dan kering.

Sunday, December 11

A Thank You Note to ctrmiena, nang.it86, Osman Alias, zzanny & aries

Dear Readers,


2 weeks as Nuffnangers, I would like to say THANK YOU SO MUCH to  ctrmiena (MY)nang.it86 (MY),Osman Alias (MY)zzanyy (SG) aries (MY) melinda maylin (MY)ulasanbolakedaikopi (MY)wilhelmina_kipanji (MY)  aimannabilah (MY)


I have to admit I am grateful for all the different types of people that come here and read my blog. Here are the first 5 bloggers who Nanged my blog post since last 2 weeks. 


1 -  ctrmiena (new4mylife.blogspot.com)


2 -  nang.it86 (andragogi08.blogspot.com)


3 - Osman Alias (iniblogke.blogspot.com)


4 -  zzanyy (zzanyy.blogspot.com)


5 - aries (ariezblogs.blogspot.com)


11 Tips n Tricks Utk Lelaki

Mlm td dok belek2 statistik pembaca blog ni..OoooOo ade pembaca lelaki rupernyer. Trime Kasih byk2 :) Sblm ni asyik share tips utk kaum2 wanita je. So mcm x fair plak kat kaum2 adam yg melawat blog ni. Ptg ahad ni, jom baca tips utk lelaki plak. Hr ni kiter criter psl muka dulu :



  1. Kalau janggut n misai korang tumbuh semula dengan cara yang pelik, kelakar atau warna yang berlainan, cuba utk  mengekalkan wajah yang bercukur licin.
  2. Gunakan pelembap setiap hari untuk mengekalkan kulit yang sihat. Lelaki dan perempuan kedua-duanya mendapat kedutan, maka xde sebab utk tidak menjaga kulit.
  3. Gunakan pencuci muka untuk muka, jangan pakai sabun badan plak. Dgn cara ni, korang akan mempunyai kulit yang sihat serta kurang jerawat.
  4. Pegi tgk cermin, nmpak tak ade gelembung bwh mata? Gelembung bwh mata (eye bag) tu adalah tanda2 xdpt rehat yg secukupnya, jadi silalah tido 8 jam sehari..
  5. X salah kalau kaum lelaki ni pakai bedak, jd xyahla malu. Artis2 laki tu pun dok tepek bedak gak, sbb tu nmpak halus je muka diorg. Pakai bedak yg ade tulis oil-free (utk kawal minyak kat muka). Kalo muka x berminyak sgt, bolehla pakai bedak translucent powder. Jgn risau, xde sape perasan punyer kalo stakat touch up bedak 1 layer, yg penting muka x berminyak, biler muka x berminyak means jerawat pun xde.
  6. Apabila  mencukur muka, gunakan pisau cukur dengan jalur pelembap supaya muka korang x pedih2 past bercukur.
  7. Tgk kat cermin lagiii, nmpak x bintik2 hitam kat hidung? Itu maksudnye korang x cuci muka betul2..Bebawakla buang bintik2 hitam tu. Caranye, gi kat guardian/watson pastu beli pelekat buang bintik2 hitam. Yg slalu dok pakai skang ni brand Biore. Brand lain xtaula ade ke tak.
  8. Trim bulu hidung and bulu telinga...hahaha...bile sy bercakap mengenai hal ini, itu bermaksud kamiii kaum2 wanita boleh nmpak kecelaan itu. Walopun muka korang ala2 aaron aziz skali pun, kalo bulu hidung terkeluar sgtttlah tutttttttttt...:D jgn marah
  9. Pelembap krim mata dpt mengurangkan garis-garis halus dan kedutan di sekeliling mata. Apabila menggunakan krim mata, pastikan korang guna jari manis sbb ia adalah yang paling lemah.(Tekanan yang terlalu kuat menyebabkan lebih banyak kedut di mata)
  10. Menggunakan toner adalah cara yang baik untuk mempermuda kulit muka, dan pastikan ia bebas minyak. Ia datang dalam bentuk semburan, jadi semburkan sedikit toner lepas cuci muka.
  11. Kalo ade jerawat yg baru nak tumbuh kat muka, jgn biar je. Cepat2 pakai ubat jerawat sbb takut nti dia jd makin teruk n merebak. Kalo xde ubat jerawat, pakai colgate. Letak colgate kat jerawat smpai colgate tu kering, pastu bilas.

5 Step Penting Untuk Iron Rambut

Gaya rambut lurus mmg sesuai digayakan pd semua bentuk muka. Tapi kalau hari2 nak iron rambut, nti lama2 rambut tu leh jd rapuh n rosak. Jd kpd sesape yg nak luruskan rambut setiap hari, sgt pentingg utk korang gunakan alat2 dan produk yg sepatutnya utk melindungi rambut dr kerosakan haba.

Cara utk memastikan rambut kiter kekal lurus adalah: 

  1. Gunakan syampu pelurus dan perapi setiap kali cuci rambut. Syampu dan perapi pelurus ni mengandungi bahan kimia yang licin folikel rambut, ia dpt membantu rambut korang supaya  terletak rata. Walaupun, effect lurus dgn menggunakan syampu ni x nmpak secara drastiknya, tp ia akan mengurangkan kerja-kerja korang time nak iron rambut nanti. Jimat tenaga dan masa :)
  2. Pakai hair dryer yg bermutu. Sblm iron rambut tu, blow rambut dgn hair dryer supaya rambut tu jd lembut n senang nak iron. Kenapa kena pakai professional hair dryer? sbb kalau pakai hair dryer harga rm39.90 (pengalaman nih), rambut tu x jd lembut sgt. Buang masa je. So dgn menggunakan hair dryer, keje2 iron rambut akan jd lebih cepat. Xdela nak kena iron rambut lama2 n kena pakai suhu smpai 220 darjah (pengalaman lagi)
  3. Sapukan krim pendingin haba atau serum setiap kali nak  meluruskan rambut dgn iron. Krim pendingin haba atau serum ni dpt melindungi sekitar folikel rambut apabila haba iron digunakan nanti. 
  4. Melabur sedikit wang tambahan ke dalam besi rata seramik berkualiti akan melindungi rambut korang daripada kesan rosak akibat meluruskan secara harian dan menjimatkan masa. So, marilah cari ceramic iron :)
  5. Split rambut kpd bahagian-bahagian utk menjimatkan masa. Kalo rambut halus, bahagikan rambut kpd 2 bahagian untuk meluruskan. Kalo rambut panjang n tebal, ikat rambut kpd 3-4 bahagian n luruskan satu demi satu bahagian.

Dgn cara ni, rambut kiter akan kekal lurus sepanjang hari :)

Saturday, December 10

Jom buat Hot Oil Treatment Kat Rumah

Minyak zaitun semakin popular sebagai produk kecantikan yang semakin meningkat. Salah satu manfaat keindahan minyak zaitun mempunyai kaitan dengan rambut. Jom buat rawatan pati minyak panas (hot oil treatment) kat rumah :)
Mesti Ada:
1- Minyak Zaitun
2- Microwave
3- Shower Cap
4- Tuala







Cara-Caranya:
1) Tuangkan setengah cawan kecil minyak zaitun ke dalam mangkuk selamat microwave. Panaskan dgn suhu rendah/sederhana (bergantung kpd bekas) dalam microwave selama 20 saat atau smpai panas.
2) Letakkan tuala kat bahu untuk melindungi pakaian.
3) Ambil sejumlah kecil minyak zaitun di tapak tangan dan urutkan ke rambut. Ulangi proses mengurut dlm jumlah yang kecil pada satu-satu masa ke rambut sehingga rambut sepenuhnya ditutup dengan minyak zaitun. Kalau kulit kepala kering, urutkan skit kat kulit kepala. Kpd sesape yg mempunyai masalah rambut berminyak, boleh cuba jugak cara ni, tp jgn letak kat kulit kepala minyak tu. Tinggalkan sekurang-kurangnya setengah inci dr kulit kepala.
4) Tutup kepala n semua rambut dgn menggunakan shower cap.
5) Biarkan selama 30 minit.
6) Syampu rambut dgn menggunakan syampu lembut. Bilas smpai minyak zaitun tu hilang sepenuhnya.
Info Tambahan:
- Rawatan minyak zaitun membuatkan rambut lebih bersinar, lembut dan terurus.
- Kalau rambut terlampau panjang, gunakan 1 cawan minyak.
-  Untuk pemanasan minyak yg pertama di microwave, panaskan selama 20saat. Ini akan memberikan kiter peluang untuk melihat kekuatan gelombang mikro dan jumlah masa yang diperlukan untuk memanaskan minyak supaya tak terlebih panas smpai melecur kulit kepala.

Selamat Mencuba :)

Monday, December 5

Pepsi, Tropicana, 7UP, Coke dicemari HIV?? KFC n McD, sila ganti air lain ye :)

Tadi br dpt sms kat bwh ni :

Untk bbpe hri akn dtg,jgn ambl mnuman dr mna2 prduk dr syrkat pepsi spt pepsi,tropicana juice,slice,7up,coca cola dll krna ada pkrja dr syrkat itu tlh mnmbh darahnya yg trcemar dgn HIV.Keluar berita dlm NTV7.Tlg sebarkn kpd org yg anda sygi.

Trime kasih kpd penghantar :) ayooo punyela cuak. Dulu kes pekerja jatuh dlm air Coke, ni darah HIV plak. Kilang diorg ni kena pasang supervisor byk2! Tp persoalannye skang ni, camne ngan McD n KFC? Dia punye set kan kasi air coke ngan pepsi. Kaya la McD ngan KFC pasni sbb sumer org nak tambah duit utk beli air lain.

Td ade search kat CDC (Centers for Disease Control and Prevention) n yahoo answer. Kesimpulannye, HIV xleh hidup lama di luar badan. Oleh itu, tiada risiko dijangkiti HIV drpd makanan ataupun minuman.

Utk maklumat lanjut leh check kat www.cdc.gov atau www.snopes.com/food/tainted/pepsihiv.asp

Tapi kalo dah tau atau kaji camne pun, still ade perasaan takut gak. Yelah, org dah warning lg mau try minum. Dgn itu, marilah minum air lain utk sementara waktu. Byk lg air kat Msia ni.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, December 4

Cara Nak Memutihkan Kulit Lutut

Macam mana nak dapatkan kaki yang cantik ala2 model? Kenapa lutut warna hitam? Naper pelakon2 ngan model2 ni lutut putih plak? Jawapannyer, sbb diorg ni rajin gi buat treatment kat salon. Ni jawapan yg slalu kiter dengar. Tp kalau kiter pegi mana2 salon, xde plak diorg tulis rawatan memutihkan kepala lutut. 




Pertama sekali, perkara yang kiter perlu tau adalah sebab berlakunya kegelapan di lutut. Lutut dan siku adalah tpt  yg kering di badan sbb dia xde pati minyak yg boleh melembapkan kulit. Lutut dan siku jd gelap sbb pengeluaran melanin yg berlaku di kwsn2 di mana sendi bertemu satu sama lain, lantas memberikan kwsn ini menjadi lebih gelap daripada kulit yang lain. 

Hari ni nak share tips mudah yg akan membuat kulit lutut menjadi lembut dan cerah :

  • Basuh lutut dgn sabun pelembap. Jgn pakai sabun biasa sbb lutut kekurangan minyak pati, kalau pakai sabun biasa nanti xde effect ape pun. Jadi, sila pakai sabun yg mempunyai pelembap.
  • Rendam kaki smpai paras lutut dlm air suam untuk melembutkan kulit, Scrub lutut (kalo boleh cari scrub aprikot atau walnut), gosok lutut tu perlahan2. Jgn gosok kuat2, nanti luka. Tujuan scrub ni untuk membuang kekotoran dan juga kulit kering. (Petua traditional scrub buatan sendiri : Campurkan gula perang dan jus lemon, campuran ni bertindak sbg scrub dan pemutih kulit)
  • Lap lutut dgn tuala perlahan2, jgn gosok. Kalau gosok nti pelembap yg dtg dr sabun tu boleh kurang.

Step kat atas td utk buang kulit2 mati dan memberi kelembapan pd lutut. Skang kiter pegi ke step memutihkan lutut.
  • Ambil sedikit jus lemon, minyak zaitun/minyak benih anggur (grape seed oil), gliserin dan susu segar. Campurkan bahan2 ni smpai sebati pastu jdkan sbg masker kat kulit lutut dan kaki...Biarkan selama 15minit,  pastu basuh ngan air suam.

Lepas dah scrub n mask, pakai lotion pelembap utk maintainkan kelembapan lutut.
  • Sapu lotion kat lutut sekerap yg mungkin (atau setiap beberapa jam) utk melembapkan kulit lutut..kalo kiter rajin sapu lotion kat tgn, xkan kat lutut pun xleh..sambil tgk tv pun boleh :) 

Seeloknya guna lotion yg mengandungi vitamin E, minyak zaitun, butter shea atau cocoa butter. Selamat Mencuba.