Thursday, May 29

Sorry Seems To Be The Hardest Word


What have I got to do to make you love me
What have I got to do to make you care
What do I do when lightning strikes me
And I wake to find that you're not there

What do I do to make you want me
What have I got to do to be heard
What do I say when it's all over
And sorry seems to be the hardest word

It's sad, so sad
It's a sad, sad situation
And it's getting more and more absurd
It's sad, so sad
Why can't we talk it over
Oh it seems to me
That sorry seems to be the hardest word

What do I do to make you love me
What have I got to do to be heard
What do I do when lightning strikes me
What have I got to do
What have I got to do
When sorry seems to be the hardest word

Perut Buncit???


Lelaki mudah alami buncit. Pada amnya, lelaki lebih mudah mengumpul lemak di bahagian perut manakala wanita pula di bahagian punggung dan paha. Pembentukan lemak di bahagian perut menyebabkan penampilan seseorang lelaki seperti sebiji epal manakala wanita yang mengalami masalah pengumpulan lemak di punggung pula menampilkan bentuk pear.

Bagaimana mengetahui kegemukan di bahagian perut?

Cara terbaik ialah mengukur lilit pinggang anda. Berdiri di depan cermin dan dapatkan titik tengah di antara bahagian bawah tulang rusuk terakhir dan bahagian atas tulang pinggul. Dapatkan bantuan mengukur lilitan pinggang bermula dan berakhir pada titik terbabit. Ukur lilit pinggang berkait rapat dengan risiko masalah kesihatan. Seorang lelaki mengalami risiko masalah kesihatan jika ukur lilit pinggang melebihi 94 sm atau 37 inci dan lebih berbahaya sekiranya ukuran itu melebihi 102 sm atau 40 inci. Bagi wanita pula, ukur lilit pinggang yang melebihi 80 sm atau 32 inci meningkatkan risiko masalah kesihatan dan lebih membimbangkan jika ia melebihi 88 sm atau 35 inci.

Apakah masalah kesihatan yang dikaitkan dengan buncit atau kegemukan di bahagian perut?

Tekanan darah tinggi. Kandungan kolesterol yang tinggi. Kencing manis atau diabetes dan ketidakupayaan insulin. Penyakit kardiovaskular (jantung, pembuluh darah).

Bagaimana mengurangkan ukur lilit pinggang dan mengurangkan berat badan?

Pakar kesihatan bersetuju bahawa ia perlu dilakukan dengan mengubah suai pemakanan dan rajin bersenam. Mereka juga mengesyorkan bahawa penurunan berat badan sebanyak 0.5 hingga satu paun seminggu adalah lebih baik daripada penurunan berat badan yang mendadak. Selain daripada pemakanan dan senaman, pakar kesihatan juga menasihatkan bahawa perubahan sikap seperti merancang waktu makan dan mengenal pasti keadaan yang menggalakkan anda mengudap atau mengambil snek adalah amat penting bagi mengurangkan berat badan.

PANDUAN MEMILIH MASKARA



Maskara memang popular di kalangan setiap wanita. Biasanya bila seseorg wanita dah menemui suatu mascara yg disukai, dia akan cenderung utk membelinya lagi, berulang2. Kadangkala w/pun tak becelak, tapi mascara biasanya menjadi kemestian bagi wanita setiap kali hendak keluar rumah.

Dari segi warna, ada yang suka warna hitam dan ada juga yg suka coklat kehitaman. Tetapi sebenarnya kedua2nya tiada bezanya. Biasanya 2 warna ini adalah rona terbaik utk wanita Asia. Ia membias asli dan menyerlah kecantikan berbanding warna biru, ungu dan merah yg lebih kpd arus aliran semasa.

Terdapat berbagai2 jenis maskara :-

** Maskara jenis melebatkan (thickening mascara) - menyalut setiap satu bulu mata dpd pangkal hingga ke hujung bulu mata. Jenis ini senang bergumpal. Rahsia utk mengatasinya, ambil tisu, tekapkan pada berus maskara sebelum memakainya.

** Maskara jenis memanjang (lengthening mascara) - mengandungi polimer plastik yg berpaut di hujung bulu mata membuatkan ia nampak panjang. Pemakaiannnya nampak serata dan kelihatan asli. Pilihan yg paling bagus.

** Maskara tahan lama (long lasting mascara) - Jenis ni tebal dan nampak berat serta payah utk dicuci berbanding lain2 formula.

** Maskara kalis air (waterproof mascara) - jenis ini nampak berat dan payah hendak dicuci berbanding dgn lain2 formula. Ia pilihan terbaik utk kegiatan dlm air. Oleh kerana ia mengeringkan bulu mata, ia bukanlah pilihan yg sesuai utk pakaian harian.

** Maskara tahan air (water resistant mascara) - sejenis rumusan tipis yg sesuai utk hari perkahwinan dan juga utk ambil gambar.

Bila masanya nak pakai mascara semasa bersolek?

Pemakaian maskara mestilah langkah terakhir bila bersolek. Ini bagi mengelakkan sapuan bedak memalapkan bulu mata. Calitkan berus maskara pada pangkal bulu mata dan goyang2kan secara melintang pada bulu mata utk seketika. Kemudian gerakkan berus maskara menghala ke hujung bulu mata. Biarkan bulu mata kering sebelum mengulang kali kedua. Ingat.......jgn sapu lebih dpd 2 kali. Bila membeli maskara, utamakan bentuk berus dan juga jenis rumusan. Rupa bentuk berus sepatutnya cukup jauh utk mengelakkan ia bergumpal tetapi cukup dekat utk berupaya menyelaput semua bulu mata. Bentuk berus yg pendek dan halus selalunya menawarkan selaput yg tipis manakala berus yg padat menyelaputi lebih tebal dan lebat. Selain itu bila membeli maskara pastikan dakwat maskara tak melekat pada bulu mata dan menyelaputi bulu mata dgn seragam dpd pangkal hingga ke hujung. Pastikan juga ianya cepat kering tetapi memberi cukup waktu utk bulu mata membentuk. Maskara juga perlu cukup upaya membentuk bulu mata dan cukup lembut utk tahan geseran serta dpt mewarnakan bulu mata dan selesa pada mata. Kiranya maskara kita meleleh atau terlalu basah, gunakan tisu utk menekapnya selepas memakai. Bagi mengelakkan maskara berbekas dan comot bawah mata, pilih jenis kalis air ataupun tahan air. Kalau tak pun, cuba bedakkan bulu mata sebelum pakai maskara. Byk sebabnya kenapa maskara comot. Antaranya terlalu byk mengoles pelembap, penggunaan bedak asas berpelembap, bingkai cermin mata bertongkatkan pipi. Sekiranya sekeliling mata kita berminyak, ia boleh menyebabkan maskara berbekas. Sentiasa calitkan maskara pada bulu mata atas pada bahagian bawahnya. Manakala utk bulu mata bawah pula, sapu pada bahagian atasnya. Memakai maskara pada atas bulu mata atas akan membuat bulu mata nampak berat dan berbuku2. Sentiasa mencalit nipis maskara pada bulu mata bawah. Utk memiliki solekan wajah yg bersih, elakkan memakai maskara di bulu mata bawah. Sentiasa memakai dgn memegang maskara secara selari atau melintang dgn lantai. Jgn halakan hujung maskara ke mata anda. Ia boleh menyebabkan berlaku gumpalan serta bahaya kpd mata. Jgn memakai maskara dlm kenderaan yg bergerak. Utk mendapatkan hasil yg baik bila memakai maskara, cuba golek2kan maskara seolah2 menyikat bulu mata. Utk merias semula atau senang kata 'touch up', boleh juga nak sapu maskara buat kali kedua. Tapi sapuan kenalah tipis bagi mengelakkan gumpalan. Selamat mencuba