Saturday, May 19

Hati-hati!!! Udang + Vitamin C = Racun!

Cerita di bawah ini mohon agar diberitahukan kpd keluarga, dan semua teman / orang yg anda sayangi...

Peristiwa ini terjadi di Taiwan , ada seorang wanita meninggal mendadak dgn lima panca indera keluar darah, setelah diselidiki ternyata wanita ini meninggal bukan kerana bunuh diri atau dibunuh melainkan karena ketidaktahuan akan terjadinya keracunan makanan.

Wanita ini punya kebiasaan minum Vit C setiap hari, ini tdk masalah, masalahnya karena malam itu wanita tersebut byk makan udang, sebenarnya cuma makan udang saja tiada masalah, orang di rumahnya juga banyak makan udang malam itu dan tak ada yg meninggal.

Pada dasarnya udang mengandung Arsenic Pentoxide (As2O5) , Selepas habis makan udang, wanita itu minum Vit C dan terjadilah reaksi kimia di dalam perut membuat As3O5 berubah menjadi Arsenic Trioxide (As2O3) yang sangat beracun , mengakibatkan hati, jantung, ginjal, pembuluh darah rosak, usus keluar darah, pembuluh darah melebar hingga wanita itu meninggal dengan kelima panca indera keluar darah.

Jadi hati2, kalo dah makan byk udang, jangan minum Vitamin C pada saat bersamaan.

Wednesday, May 16

AWET MUDA...Apa rahsianya???



Awet muda boleh dicapai dengan mengamalkan :

1. Kawalan makanan dan minuman sehari-hari.

2. Hidup dalam suasana kedamaian (hindari 'stress')

3. Mengamalkan senaman pagi dan senaman pernafasan.

4. Menjauhi perasaan yang terlalu beremosi dan tekanan fikiran

5. Sentiasa bersyukur atas nikmat yg dianugerahkan Allah swt.

6. Mengamalkan petua - petua yang baik.

7. Meminum ramuan / jamu yang dinasihatkan.

8. Elakkan memakan terlalu banyak vitamin (pil), pengambilan dalam kuantiti yang sederhana baik utk kesihatan. Tetapi pengambilan yang berlebihan akan menghasilkan toksik dalam badan.

9. Cukup tidur dan minum air suam ketika bangun pagi.

10. Sentiasa tersenyum.

11. Patuhi perintah & larangan Allah.

... .insyaallah anda akan kelihatan awet muda sentiasa. Semoga berjaya

Sunday, May 6

Keletihan Mata Disebabkan Penggunaan VDT

Adakah anda banyak menghabiskan masa di hadapan komputer (VDT-visual display terminal)? tips di bawah mungkin boleh membantu mengurangkan keletihan mata anda.

* Beritahu pakar mata anda yang anda sering menggunakan VDT. Kacamata untuk aktiviti lain mungkin tidak begitu sesuai untuk penggunaan komputer. Anda mungkin memerlukan prespkripsi khas.

*Pastikan jarak antara monitor dan mata anda adalah sekurang-kurangnya 20 inci.

* Permukaan monitor yang terang boleh menimbulkan keletihan pada mata dan juga boleh menyebabkan sakit kepala. Untuk mengurangkan silau pada monitor, elakkan permukaan monitor dari menghadap punca cahaya yang terang seperti tingkap, lampu dan sebagainya dan gunakan penapis anti-silau di atas monitor anda.

* Jika anda perlu merujuk kertas/dokumen, letakkan dokumen tersebut berhampiran monitor supaya mata anda tidak perlu mengubah fokus setiap kali melihat dokumen tersebut. Anda juga boleh menggunakan pemegang dokumen.

* Alihkan skrin anda supaya kedudukannya berada antara 15 hingga 20 darjah di bawah garis pandangan melintang anda.

* Sapu/cuci habuk daripada monitor anda secara kerap.

* Banyakkan berkelip untuk mengelakkan mata menjadi kering.

Jika imej di atas skrin anda menjadi kabur, hantar VDT tersebut untuk servis dengan segera. Imej yang bergetar secara berterusan juga boleh menyebabkan keletihan pada mata anda. Getaran ini seringkali disebabkan oleh kadar pembalikan memanjang yang rendah (low vertical refresh rate) atau high dot pitch. Mungkin sudah sampai masanya untuk anda membeli monitor baru.